dah lama aku tidak bermain kata-kata puitis..rindu rasanya hendak bergurindam..hendak berpuisi ......mcm dulu-dulu saat aku berseorangan aku akan titipkan kata-kata indahku di helaian kertas......apa kata malam indah ini aku syairkan bait-bait indah dari hati ini......
Bintang...ku cari mu di awan kelam namun tidak kelihatan sinaran kemilau indahmu,Bulan ..merajuk kah dikau dengan diriku yang sekian lama mengabaikan mu tanpa memanggil dan memujamu ...maaf sang bulan ku tak bisa memujamu kerana kau bukan lah sang pencipta aku.....Mentari....sinaran mu menjadi penantian ku saat mata terpejam..kerana tanpa mu maka hilang lah arah kaki ku....Awan terkadang hadirmu amat di perlukan..tapi kadangkala hadirmu umpama tidak memberi apa-apa kesan di dalam hidupku...Pelangi kau umpama kejutan di dalam nisbah hatiku...saat bila ku terpandangkan mu tidak pernah aku merasa sedih untuk menangis yang ku tahu tersenyum sambil bersiul girang....Hujan jika hadirmu saat aku kepanasan maka kau akan ku sayang dan ku rindu jika hadirmu saat aku kedinginan maka kau tidak ku perlukan sama sekali.....Cinta..Kasih Sayang...Rindu itulah adunan pentomen hati yang kadang-kadang aku sendiri keliru dalam acuan dan adunan yang aku ciptakan sendiri....Bertanya aku pada hati apa mahuku?? jawabnya hati mahuku ..BAHAGIA...bila bertanya pada hati lagi siapa yang bisa BAHAGIAKAN KU??? jawabnya hati.....carilah lelaki yang suku darinya adalah aku......huhuhu....di manakah ku bisa mencari lelaki itu???? Ku merenung jauh dari semua sudut diriku....mencari setiap kekhilafan diri supaya ku temui cinta itu....haiiiiiiii sang arjuna...kemarilah engkau...tunjuk kan dirimu agar dapat ku rasa syahdu kasihmu..bau haruman cintamu dan hebat pancaran rindumu.....Dunia ini dah terlalu tua untuk melihat dan menonton drama-drama hitam suka duka manusia....Semakin hari semakin kurang penontonnnya dan pelakonnnya.....aku tidak mahu terus-terusan menjadi pelakon yang tidak memenangi sebarang AWARD.....aku mahu AWARD dari TUHAN...aku mahu di iktiraf sebagai pelakon DUNIA yang terbaik...terbaik di kalangan MANUSIA..DAN MAHKLUK CIPTAANNYA..dan terbaik DI SANA NANTI....LELAKIKU....andai kau mampu ..bawalah aku untuk syurga mu..dan aku akan bawakan kamu nikmat dari syurga ku....