Korsakoff' Iqram Dinzly berjaya buat penonton menangis



Oleh: RyesHazmanja.

Lama tidak muncul di layar kaca tv Iqram Dinzly buat 'come back' dengan membintangi 'Kolsakoff'. Kenapa kalian patut tonton 'Kolsakoff' kerana jalan ceritanya yang istimewa.Lebih istimewa penggambaran di buat sewaktu MCO 2020.Hebatnya lima bintang ini berbekal kan bakat mereka berlima jadi sebuah cerita yang lain dari yang lain mampu memenangi beberapa 'Anugerah Cannes World Film Festival (CWFF)' sebagai 'Best Psychological Film' dan yang terbaru memenangi World Film Carnival-Singapore (WFCS) ke -33. Tahniah buat pengasas D'Alpha Legacy 'Nur Aminatul Marrdiah Md Nor' kerana berani mengetengahkan sesuatu yang baru 'simple' tapi hebat.

Berani menampil kan pelakon-pelakon hebat seperti Primadona Film Malaya 'Erra Fazira' ,Aktor hebat dalam industri seni tanahair 'Azhan Rani', penampilan khas dan istimewa setelah hampir 8 tahun tidak muncul di layar perak mahupun layar kaca tv di rumah anda 'Iqram Dinzly' juga sekalung tahniah kepada pengacara dan dj kita yang berani membawa watak berat sebagai seorang yang mengalami 'amnesia' selepas kemalangan dan tidak lupa juga Diva 'Ning Baizura' kita semuanya sangat hebat.

Proses pengambaran mengambil masa 15 hari ketika (PKP) tidak termasuk lakon layar yang mengambil masa lebih kurang 4 bulan.

Menurut Elly Ariffin ada scene yang sangat berat yang mereka memerlukan hampir 24 jam berada di lokasi penggambaran.Begitu mereka bersemangat jitu demi memberikan yang terbaik kepada wataknya sebagai 'Jelita'.Sungguh saya tidak menyangka selain dari mengacara dan menjadi penyampai radio Elly Ariffin juga mempunyai bakat besar di dalam bidang lakonan.Bukan mudah untuk mengalas watak utama yang berat apalagi berkaintan dgn personaliti minda.





Begitu juga dengan primadona kita 'Erra Fazira' jarang sekali kita melihat Erra membawa watak antagonis yang agak sedikit 'psiko' hanya di dalam 'Korsakoff' anda dapat melihat sisi lain Erra Fazira.

'Azhan Rani' yang membawa watak sebagai seorang doktor bernama 'Indra' semua sedia maklum Azhan boleh jadi seorang berwatak baik atau berwatak jahat.Berilah apa saja watak kepada beliau semua nya hidup dan tidak menghampakan penonton.

Telefilem 'Psiko Thriller' ni bak kata orang 'slow and steady tetapi dia mampu drive kita untuk berteka teki seolah 'Davincci Code' movie.


Mesti anda tertanya-tanya apakah makna penyakit 'Korsakoff' ini betul jangan kan tuan-tuan saya sendiri juga tertanya-tanya apakah jenis penyakit ini.
'Korsakoff' adalah penyakit di mana berhubung kait dengan mental kita.Sesiapa yang menghidap penyakit ini mereka seolah berimaginasi dan berhalusinasi dan berada di dunia mereka sendiri.Jika anda ingin lebih tahu tentang bagaimana seorang pesakit 'Korsakoff' anda jangan lupa tonton telefilem 'Korsakoff' di pawagam televisyen rumah anda melalui saluran 'Astro First' pada 14  Mac 2024.Telefilem ini akan di tayang kan selama 48 jam anda boleh mengulangi nya hingga puas berulang-ulang.

Pelakon yang hebat,plot cerita yang dasyat, juga masa yang tepat.
Naskhah yang sangat ilmiah anda jangan lepaskan peluang menonton telefilem ini di rumah anda.


Saya tidak mahu 'spoiler' naskah hebat ini tanpa anda menonton nya.Tahniah juga buat pengarah telefilem ini 'Opie Zami' kemampuan dia mengarah ketika (PKP) sangat lah luar biasa.Harap beliau akan terus berkarya dan menghasil kan banyak lagi filem dan drama hebat.

Pada yang merindukan kemunculan 'Iqram Dinzly' ini lah masanya untuk anda tunjukkan solidariti kepada bakat beliau agar tidak terkubur begitu saja.






Popular Posts