Hati Terpanggil Utk Berpuisi D Room MBM d Subuh hari T__T

Saat terbuka mata aku mencari bayang mu .... Bayang kerinduan yang terlalu amat ku harapkan hadir dalam mimpi-mimpiku saban waktu ....
Husrizar ...walau pun pergi mu telah bertahun-tahun namun kau masih hidup di hatiku ...hidup sebagai bayangan ku ..mengekori setiap langkah hari-hari ku ...Rasa cinta itu tidak pernah mati dan pergi dari hidup ku ...
Masih ku ingat lagi saat indah kita berdua ...saat kita berjalan kaki dalam hujan ... dari taman ria jaya hingga sungai pasir walau penat dan letih tidak bermaya kau masih ingin menemani ku ...kau tidak mahu sama sekali meninggalkan ku .Masih ku ingat saat itu muka kau bengkak ,kaki mu bengkak kerna effect sakit buah pinggang mu ...Aku menangis melihat keadaan mu sayang ... Puas kita tahan kereta orang lalu lalang mahu tumpang tapi tiada siapa pun yang sudi tumpang kan kita .. :-( aku menangis berulang kali aku katakan ..aku pembawa mala petaka pada hidup mu ..
Masih ku ingat lagi di mana peristiwa aku membaling helmet padamu ...hanya kerana kau menyuruh aku pergi tinggal kan mu ...kata kau aku tidak lagi sayang kan mu ...aku memekik ... Kau gila mana mungkin aku tidak sayang kan mu ..Kerna terlalu sakit hati dengan kata-katamu aku membaling helmet pada mu dan berlari keluar dari Central Square ..tanpa menoleh padamu yang memanggil aku berulang kali ..Aku menangis dan lepak di jalan keretapi ..aku mendengar motosikal mu lalu lalang berhampiran ku tapi di sebab kan gelap kau tidak nampak aku ...Hingga hujan turun dengan lebatnya ...Kau masih lagi mundar mandir mencari aku . Aku mengeletar kesejukan kerana hujan lebat membasahi tubuh ..sampai lah kau menemui aku dan meminta maaf padaku sambil menangis..berulang kali kau mohon maaf ..kau menampar muka mu sendiri sambil berkata kau tidak berguna sakiti hatiku ..Dan dalam hujan itu kita sama-sama menangis.
Masih aku ingat lagi saat kita bersiar-siar tiba-tiba ada sekumpulan lelaki mengganggu aku ...Kau cuba pertahan kan aku sehingga kau di pukul sekumpulan lelaki itu ..Sambil kau menjerit supaya aku lari selamatkan diri.. Betapa sayangnya kau padaku :-(
Pernah suatu pagi ketika hujan lebat guruh berdentum ..Aku hubungi kau mengatakan aku sangat teringin mahu makan nasi lemak "APAI" ..ketika jam menunjukkan pukul 5pg ...
Tidak lama selepas itu Kau dtg dalam keadaan memakai baju hujan dan menghantar nasi lemak yang aku inginkan ... Aku menggelengkan kepala .. " KENAPA E BELI JUGA KAN HUJAN LEBAT NI " aku hampir menitis airmata melihat dia dalam kesejukan .. "NANTI KALAU E TAK BELI TIBA2 JADI APA2 KAT MAS CAMNE?? E TAKKAN MAAFKAN DIRI E" ya allah menitis airmata ku saat mendengar kata-katanya .Dia seorang yang sanggup buat apa saja untukku ..
Sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan nya .. HAri demi hari kesihatan nya semakin menurun.Puas aku menyuruhnya berubat ..katanya biar lah dia pergi dari dunia ini kalau hanya hidup menyusahkan orang ..Aku menangis lagi T-T .... saat dia melihat aku menangis dia berkata .. MAS JANGAN LAH MENANGIS KALAU E TAK ADA DI MATA MAS TAPI E SELALU ADA DI HATI MAS " aku kembali tersenyum padahal aku sebenarnya amat takut kehilangan nya.
Satu hari ketika kami duduk berbual ... dia suara kan ingin menyunting aku sebagai suri ...itulah perkataan yang amat aku nantikan ... bercinta , berkasih sayang dgn nya dan akhiri sebagai suri hidupnya .... Hanya tuhan yang tahu betapa aku gembira saat itu ...Kami ambil sekeping kertas dan noktah kan sumpah cinta kami ...lalu letak di dalam botol dan hanyut di lautan .... PANTAI MERDEKA menjadi saksi CINTA kami.... selagi lautan tidak kering dan botol tu berlayar pergi jauh selama itu lah patri cinta kami...Sampai sekarang aku sendiri tidak tahu di mana BOTOL SUMPAH CINTA KAMI BERLABUH ...
Tiba masa kau sakit teruk..ketika itu kau langsung tidak boleh bergerak...kebetulan jalan pergi kerumah kau d naiki air..Banjir .. aku nangis tidak henti-henti sebab tidak boleh jumpa kau ...sedangkan selama ini tidak ada sesaat pun kita berpisah .. pagi kau akan datang amik aku pergi sarapan ..tengahari kau akan hantar kan ku makanan dan kita makan sama-sama ..malam kau akan datang jemput aku untuk makan bersama...bila kau jatuh sakit ...tiada siapa lagi yang datang menjemput aku untuk makan...Aku tidak dapat makan tanpa mu ...Aku berkeras mahu meredah banjir walau kawan-kawan rumah sewa ku melarang ..Aku cakap ... aku rindukan mu ...aku tidak boleh berpisah dengan mu .. Aku nekad meredah banjir dengan berjalan kaki sejauh 3km ..aku tidak hirau hujan ..aku tidak hirau semua tu ...yang penting aku dapat jumpa dengan mu ... Sesampainya di rumah mu ..aku lihat muka mu pucat tidak bermaya ..Aku menangis...lagi dan lagi ... Aku bawa makanan ...hehehehehe.... aku cuba tersenyum ... dan buat dirimu juga tertawa gembira... aku bisik "MAs Rindu E lah " dikau hanya ketawa... Tanpa buang masa aku menyuap nasi lauk kegemaran mu ..Udanggg sambal :-) kita makan sama2.... Kau cakap ... nanti E dah tak ada Mas nak makan dengan sapa lagi?? Tersentak aku seketika... Mas ikut lah E masuk kubur mcm tu .... Sesungguhnya aku amat takut dengan sebutan MATI .... Hati ku semakin pedih bila kau nyanyikan lagu AlleyCats -Andainya aku Pergi dulu dan Lagu - Jangan MEnangis sayang Safura-One ... E MAs tak boleh hidup tanpa E .. (hati kecil ku menjerit meraung)

Berulang kali kau ingat kan aku .,,,KAu sentiasa hidup di hati ku .... YE sayang sampai kini walau E dah tak ada tapi E tetap hidup dalam hati mas ...selamanya .... kita terpisah antara dunia ... namun dalam hati kita tidak pernah berpisah ...E ... dh bertahun mas hidup tanpa E .... tiada siapa yang boleh gantikan tempat E dalam hati Mas... mereka yang dtg tidak pernah syg kan mas macam mana E syg kan mas... Ingat lagi saat minum air paip sama2... hehehhee best kan?? semua tu mas tak pernah lupa.... tayar motor pecah .jatuh bendang (sawah) sama2....hahahhaa ... semua tu mas akan simpan dalam benak mas sampai mati....... E adalah Yang terbaik dalam hidup MAs ... walau kita tak punya harta ...duit berkepuk ...kita bahagia ...:-) ... walau halangan menimpa kita tempuh dgn penuh rela dan redha .... TAPI TUHAN LEBIH SAYANGKAN MU .... TUHAN MAHU AKU BERDIKARI HIDUP TANPA MU...kalau kau masih hidup aku tak fikir aku akan jadi sekuat ini ..mengurus hidup ku sendiri...kerna dulu aku hanya harapkan dirimu lakukan untuk ku ...
Aku sentiasa mendoakan kau sejahtera di sana ...INsyaallah Kalau Ada lagi Jodoh Kita..Kita Jumpa di sana ... AL-FAtihah Buatmu sayang HUSRIZAR HUSSAIN 


Popular Posts