Salah Kah Aku

Aku x bisa merealisasikan impian menjadi dewi-dewi cinta ,
Aku x bisa mendapatkan apa yg ku mahukan hanya kerana aku insan terkandas dalam cinta ,
Seumur hidup aku ..aku hanya di takdirkan untuk menjadi mangsa penipu ,
Untuk mendapat cinta kasih sayang lelaki aku terpaksa membayar segalanya dengan mahal sekali ,
Air Mata aku tiada bernilai pada lelaki ,
Kadangkala aku meratap sedih nasib diri, 
Tidak cukup kah dengan apa yang ku beri ??
Tetapi kata kawan-kawan ku aku memberi terlebih sangat kerana itu lah aku sering di buli ,di perbodohkan oleh insan bergelar lelaki,
Tidak sekali ku membenci lelaki apa lagi menidak kan rasa cinta yang bertandang tapi ketakutan demi ketakutan bermain di benak fikiran hingga aku jadi seorang penakut ...
Haruskah aku bertindak kejam pada lelaki yang menyakitkan atau bertindak kejam pada diri ku sendiri???
Menidak kan kehadiran lelaki dalam hidup aku ??
Salah kah aku jika menolak kehadiran seorang lelaki dalam hidup ku ??? kerna kenangan pahit semalam??
Kata sang arjuna aku tidak faham....What Man want ??
Kata aku sang arjuna yang tidak faham What Woman want ??
Saling bertingkah .....
Kesakitan semalam masih menghantui aku ...Salah kah aku???
Terkadang terfikir sendiri mungkin silap ku terlalu pranoid dengan apa yang telah berlaku.....
Apakah sepanjang hiduku airmata menjadi peneman setia??
Aku tak punya teman perasaan ku... mendengar rintihan hati ku ??
Aku juga seperti insan lagi mahu di cintai dan ingin menyintai ,
Mahu di sayangi dan ingin menyayangi ,
Bukan kasih sayang palsu yang sekadar ingin mengambil kesempatan d atas kelemahan dan kekurangan aku ,
Lelaki jangan lah buat ku bermusuhan dengan rasa cinta itu .....

Popular Posts