Gadis Buta Yang Lupa Diri

Dia seorang gadis yang buta ...dia rasa sangat kecewa dengan hidup nya ..Semua orang di sekeliling selalu menghina dan mengkeji dirinya kerana dia buat..DIa membenci dirinya sendiri kenapa mesti TUHAN beri dia jadi buta ...... Tapi dia beruntung kerana punyai seorang kekasih yang sangat baik .

Suatu hari kekasih yang bertanya "Apa Yang akan kamu lakukan jika kamu mendapat penglihatan semula?" kata di gadis buta itu .. "Aku mahu melihat dunia ini puas-puas dan mengahwini kamu " Lelaki itu tersenyum sambil mengangguk kan kepalanya .... 

Tiba suatu hari datang lah seorang doktor pada si gadis. menyatakan sudah ada penderma mata yang sesuai untuk matanya .... Gadis buta itu melompat kegirangan gembira teramat ..Dia tidak sabar melihat dunia dan mahu bertemu dengan kekasih hatinya lepas mahu mengahwini lelaki yang amat di sayanginya ...

Setelah matanya di bedah dan tiba masa pembalut matanya di buka  dia melihat satu persatu ... lalu dia menoleh di sebelahnya ada seorang lelaki yang berdiri di sebelahnya ... lama dia memerhatikan lelaki itu ...  
Lelaki itu pun berkata "Sekarang kamu sudah dapat penglihatan kamu semula mahukah kamu mengahwini aku?" Gadis itu memalingkan muka nya dengan sedikit angkuh .... "Mana bisa aku mengahwini lelaki buta seperti kamu " Lelaki itu hanya tersenyum lalu berlalu pergi .... sebelum lelaki itu pergi dia sempat berkata 
"JAGA LAH KEDUA MATA KU DENGAN SEBAIKNYA" 


Popular Posts