KisahKU


Saya di lahirkan pada 17 haribulan April 1989 di salah sebuah negeri yang terletak di Amerika . Ibu saya seorang penagih dadah dan bapa saya pula seorang tukang paip. Selepas melahirkan saya ibu saya telah menghilang kan diri dan bapa saya pula tidak mampu membela saya  lalu meninggalkan saya di sebuah rumah kebajikan ketika umur saya 6 tahun . Semasa di rumah kebajikan tersebut saya telah di dera dari segi mental dan fizikal . Saya juga telah di jadikan hamba seks pada budak-budak lelaki yang lebih berusia dari saya ... Saya cuba melarikan diri tetapi saya tidak tahu mahu lari kemana... 
Ketika umur saya 15 tahun bapa saya kembali mencari saya dan mengambil saya tinggal bersama nya.. Saya berasa sangat gembira  berharap terlepas dari sengsara hidup selama ini.. Tidak lama selepas itu bapa saya pergi meninggalkan saya buat selamanya .. Saya jadi tidak tentu hala dan tiada arah hidup.Saya jadi semakin liar. Saya menjual dadah ..saya menyertai kumpulan-kumpulan samseng di tempat saya.Saya pukul orang ..saya melakukan seks bebas dan mengambil dadah dengan banyaknya. Ketika umur saya 18 tahun saya pergi mencari ibu saya tetapi betapa sedih dan kecewanya saya bila mendapat tahu yang ibu saya telah pun meninggal dunia 3 tahun lepas.. Saya cuba mencari saudara mara saya yang lain tetapi semua pun sudah meninggal dunia..Saya rasa kelam hidup saya..saya sangat sedih ... 
Kini hidup saya berseorangan dan saya percaya tuhan masih bersama saya.. Saya menangis di dalam hati .. walau semua orang melihat saya seperti gembira dan ceria..tetapi saya menangis bila mengenang saya sendirian.Saya masih mencari seseorang dapat menghilangkan rasa sedih di hati saya.. Saya tidak punya sesiapa lagi di dunia ini.Bila saya sedar semua akan mati .. Saya tinggalkan kerja-kerja buruk saya.. Saya tinggalkan dadah ... Saya tinggak kan kehidupan seks saya .. Saya mahu jadi seorang yang baik dan hingga kini saya masih mencari seseorang yang boleh memberi saya satu jalan agar saya tenang di dalam hidup ini ..


(Kisah ini adalah benar di cerita kan oleh Mr Seth .. saya mengharapkan agar dia akan menemui cahaya kehidupan yang sebenarnya suatu hari nanti )

Popular Posts