CINTAKU TERSURAT DI MUKA BUKU - BAB 10

BAB 10

“Hello sayang….” Kedengaran suara Fathul di sebelah sana.
“Hello b…..”
“Sayang kenapa buat b macam ni? Dah berapa hari sayang diam macam tu je. Call tak di angkat.
Messege b sayang tak balas. Macam nak gila b ni tau sayang.” Fathul dah mula membebel.
“Sorry.” Aku jawab ringkas. Terang aku katakana mood aku masih belum stabil.
“B ..rindukan sayang tau tak?” Fathul menyambung lagi bebelan nya.
“Ye ke?” Aku jawab macam nak tak nak.
“Kenapa sayang ni? Bukan salah b okey . Bukan b yang suruh Syila buat macam tu.Sayang sudah –sudah lah siksa b. Boleh mati b macam ni sayang.” Ada nada keluhan kekecewaan pada bicara Fathul.
“Entah lah b ..i rasa macam down sangat. I rasa perasaan I sekarang macam hilang .”
“U dah tak nak I lagi ke sayang?” Nada suara Fathul sedikit gelabah.
“No… I tak maksudkan macam tu b… I rasa macam rugi gila. Buang masa sangat. I rasa macam dah lost separuh hidup i…I yang bersalah b dalam kes ni.I sepatutnya percaya u dari orang lain. I sepatutnya tanya u dulu b sebelum buat keputusan. B… 3 tahun kita berpisah macam tu saja.” Aku mengeluh dengan penuh kekesalan.
“Sayang …benda dah pun jadi. Dah berlalu pun sekarang ini kita mula hidup baru. Lupakan lah apa yang dah jadi. Kita jadikan ini sebagai pengajaran. I pun salah sayang bukan u sorang saja yang salah. Kalau tidak kerana perangai I yang macam orang hilang agama dulu mesti semua ini takkan terjadi.I sayang u …. I tak nak kehilangan u buat kedua kalinya. Please sayang jangan buat I macam ni.” Ada nada sayu pilu pada tutur bicara Fathul.
“Maaf kan I ,b … I tak bermaksud nak buat u macam ni Cuma I keliru…I rasa kesal kecewa itu je.” Sebak dada ku … Aku tak boleh hidup tanpa Fathul dan aku akui itu.
“Dah lah ..i dah letih sayang macam ni. Selagi kita tak nikah kahwin macam nil ah jadi nya. I nak bawa u jumpa mama petang ni u jangan nak bagi apa-apa alasan lagi I tak nak dengar. Kita siap kan apa yang patut then kita nikah secepat mungkin.” Tegas kata-kata Fathul kali ini.
“Baik lah .. nanti u jemput I kat bawah. I ikut cakap u kali ini. I pun dah letih macam ni.” Aku akur hilang daya untuk membantah.

Fathul tersenyum sendiri bila mendengar Suffy Nafisa mengikut katanya kali ini. Bukan senang nak menunduk kan Suffy Nafisa. Dia sedia maklum dengan keras kepala degil Suffy Nafisa.Suffy Nafisa bukan seorang yang mudah mendengar kata sesiapa tapi dia hairan kenapa Suffy Nafisa mudah termakan ayat Syila. Dan mudah mempercayai segala cerita Syila. Mungkin Syila perguna kan anak kakak nya . Baru dia tahu betapa tinggi nilai kasih sayang keibuan yang ada dalam diri Suffy Nafisa. Selama ini dia sendiri tidak tahu yang dalam kekerasan dan kedegilan Suffy Nafisa terselit nilai kasih sayang seorang ibu.Sekarang baru lah dia faham kenapa Suffy Nafisa selalu ingat kan dia tentang tanggungjawab nya pada  mama nya.










Puan Jamilah sibuk memasak di dapur. Fathul anak nya itu dah sedia maklum yang dia akan membawa Suffy Nafisa datang makan malam di rumahnya.Semenjak Fathul dah bertemu dengan Suffy Nafisa kembali anak nya itu dah tidak lagi murung dan muram. Ada sinar bahagia di raut wajah anak nya. Dia bersyukur Fathul dah kembali hidup normal seperti biasa walau berat hatinya untuk menerima Suffy Nafisa kembali.Tapi demi kebahagiaan anak nya itu dia terima jua walau berat hati. Dia takut Suffy Nafisa akan mengulangi kembali sikap nya yang dulu.Tapi kenapa Suffy Nafisa tinggal kan anak nya …Dan mengapa mudahnya anak nya menerima Suffy Nafisa setelah apa yang perempuan itu lakukan pada Fathul.Dan mengapa Suffy Nafisa kembali pada FAthul setelah 3 tahun pergi tanpa khabar berita. Semua nya bermain di benak dan minda nya.






“Assalammualaikum …makcik.” Aku menghulur tangan berjabat salam dengan emak Fathul .
“Waalaikumsalam …Suffy masuk lah …duduk dulu makcik nak pergi ke dapur buat air.” Puan Jamilah menjemput Suffy Nafisa masuk ke dalam rumah.
“Masih tak berubah pun rumah ni sama saja macam dulu.” Aku melabuhkan punggung ku ke sofa sambil memerhati kea rah dapur. Emak Fathul sibuk menyiap kan air buat aku. Fathul pula masuk ke dalam bilik nya tinggal aku seorang diri di ruang tamu.
“Sihat Suffy?” Puan Jamilah dah pun menatang dulang air ke ruang tamu.
“Sihat makcik.” Aku menjawab ringkas sambil melihat emak Fathul menuang air ke dalam gelas.
“Dah lama kamu tak datang ke rumah makcik ingat dah lupa rumah ni .” Aku tersengih mendengar kata emak Fathul. Aku tahu emak Fathul memerli aku.
“Duduk jauh lah makcik .. sebab tu tak dapat datang.” Cuba melarikan diri dalam persoalan.
“Suffy pergi mana lama sangat menghilang?” Puan Jamilah dah pun duduk di sofa hadapan Suffy Nafisa sambil menyoal ala-ala polis pencen.
Australia ..makcik..kerja sambil belajar di sana.” Aku tersenyum sambil memandang wajah emak Fathul.Tanpa rasa bersalah aku meneguk air di dalam gelas.
“Umangggg aih ! jauh nya bawa diri.Kenapa? bunyi macam frust je. Suffy frust dengan Fathul ke sampai merajuk bawak diri jauh sana?” Panggggg!!!! Setepet kena. Aduh macam mana aku nak jawab ni.
“Tak ada alah makcik. Saja je cari pengalaman.” Dengan nada tersekat kelat aku menjawab.
“Makcik tahu mesti ada sesuatu terjadi antara Suffy dan Fathul sebab tu Suffy tinggal kan Fathul tanpa alasan. Kalau benda tu tak serius Suffy takkan tinggalkan Fathul.Korang berdua mana boleh berenggang dan berpisah.Makcik tahu Suffy takkan buat macam tu kalau tak bersebab. Suffy tahu kan macam mana makcik sayang anak-anak makcik.Suffy pun makcik sayang sebab tu makcik sedih bila Suffy berpisah dengan Fathul. Suffy tahu 3 tahun Fathul hidup macam orang tak betul. Kejap-kejap nangis kejap-kejap meraung..kadang-kadang jerit-jerit nama Suffy. Alhamdulillah sekarang makcik tengok Fathul dah gembira.Dan makcik tahu itu pun sebab Suffy dah balik pada dia. Dia memang tak boleh lupakan Suffy.Makcik harap sekali ini Suffy tak kecewakan Fathul lagi macam dulu. Makcik sedih tengok keaadaan dia macam tu.” Panjang lebar penceritaan emak Fathul. Aku hanya menunduk kan wajah dengan seribu kekesalan. Nak je aku bagitahu emak Fathul. ‘Makcik saya pun derita bukan Fathul saja. Makcik tahu tak betapa berat beban yang saya tanggung selama ini’ Aku menyeka airmata dari jatuh ke pipi aku tak nak emak Fathul Nampak aku menangis.

“Amboi rancak anak menantu dengan mertua berborak sampai tak Nampak anak sendiri.” Entah darimana datang nya Fathul aku sendiri tak tahu.
“Dah u asyik dengan gitar u je..biar lah..pergi lah dating dengan gitar u tu.” Hilang kejap cerita sedih tadi.Aku dah kembali dengan mood asal aku yang selalu bergaduh dengan Fathul di depan Puan Jamilah.

Puan Jamilah tersenyum melihat Fathul dan Suffy Nafisa.Dia terpaksa akui mereka memang pasangan yang secocok dan dia tak boleh menghalang itu.

“Sekarang apa planning Suffy dengan Fathul?” Puan Jamilah memandang aku dengan Fathul.
“Kahwin lah apa lagi mama.” Fathul mengunyah kuih yang dah di sumbat ke dalam mulutnya.
“Duit nak kahwin ada?” Puan Jamilah menjeling anak bujang nya yang sorang tu. Tinggal Fathul saja lagi anak nya yang belum berumahtangga. Yang lain semua dah besar-besar cucu nya. Tunggu anak Fathul saja lagi.Seboleh nya dia mahu sebelum memejam kan mata dia nak lihat Fathul berumahtangga dan terurus hidupnya.
“Mama jangan risau lah kalau bab kahwin dengan Suffy anytime okey.” Fathul memandang muka aku sambil mengenyit kan matanya.
“Suffy pula macam mana?” Puan Jamilah merenung wajah aku dengan harapan yang menggunung.
“Makcik tahu lah Suffy ni bukan ada family atau sesiapa..ada pun Ummi tu pun ibu angkat Suffy jadi Suffy kena maklum kan pada Ummi dulu minta pendapat Ummi macam mana.” Aku membalas pertanyaan emak Fathul.
“Macam tu Suffy  tanya lah ibu angkat Suffy tu dulu macam mana setuju atau tak.Kalau setuju hujung bulan ni makcik pergi berjumpa dengan family angkat Suffy bincang kan tentang soal kahwin kamu berdua.” Aku pandang wajah Fathul yang tersengeh macam kerang busuk. Bersedia kah aku ???
“Mak ..kalau nikah terus tak boleh ke? Hujung bulan?? Kenapa tak hujung minggu ni je mak?” Puan Jamilah menampar peha Fathul.
“Kamu ni Fathul tak sabar betul.Cuba bawak bersabar sikit.Tahulah orang tua nak buat apa.” Puan Jamilah menjeling Fathul.
“Mak dah 3 tahun okey sabar bukan 3 hari eh! Tak cukup lagi ke tahap kesabaran Fathul ni ke mak?”
Aku Cuma mampu tergelak tengok gelagat dua anak beranak tu.
“Haaa..baby u jangan nak gelak-gelak.U tu bukan boleh gelak-gelak lepas tu hilang. Ada je hal yang u nak bikin. U jangan lah buat macam tu lagi.Boleh pergi stay kat Tanjung Rambutan I ni lama-lama u tau tak?” Fathul menjegilkan mata nya pada aku tanda amaran.
“Kalau Fathul kat Tanjung Rambutan ..Suffy cari je laki lain and kahwin okey.” Giliran Puan Jamilah memanaskan keadaan.
“Mak siapa sebenarnya anak mak ni?? Fathul ke Suffy? Confiuse laaaa…” Aku tergelak-gelak tengok gelagat Fathul.

“Dah..Mak nak ke dapur nak siapkan lauk untuk makan malam.Suffy jom tolong makcik jangan layan si Fathul ni.Makin lama makin senget pulak otak dia ni.” Aku bangun sambil menjelirkan lidah kat Fathul. Aku mengikut mak Fathul ke dapur menyiapkan makan malam. Tak lama selepas itu aku dengar bunyi petikan gitar Fathul. Aku tahu dia sedang bermain gitar..

Popular Posts