CINTAKU TERSURAT DI MUKA BUKU

BAB 1

Dah dekat sejam aku membelek laman social facebook ku.Tak ada yang menarik semua rasa hambar je.Mungkin sebab aku masih lagi bersedih dengan apa yang telah terjadi.Letih aku membelek facebook aku klik butang laman social Tagged pula….Apa lah nasib aku ni setiap kali baru saja mula nak bercinta ada je angkara……..Lelaki oh lelaki terkadang kejam betul sikap mu…

Aku berbalik pada butang mouse aku ke halaman facebook ..jam di laptop ku sudah pun menunjukkan pukul  4 pagi ..aku belek ruangan chatbook ku …aku terpandang satu nama .. Fathul Rahman.. aku klik..seperti biasa benda yang aku tengok dulu mesti  tentang data diri dia…menarik juga la..simple je…lepas aku belek pulak  ‘picture album’ oh! Musicion rupanya..gitaris..my taste ni hehehhee…hati kecil ku berkata..budak main band kelab malam ..mesti playboy ni..mesti dia nak pompuan pun yang sexy mexi..yang vogue takkan macam aku ni..dah sekali tengok macam beruang panda…hehehhehehee… alah kalau cuba tak salah kot….aku tengok butang hijau tepi nama nya menyala..itu menandakan yang empunya diri sedang online…..apa kata aku kacau….ahakkkk!! tereng  jarang aku buat perangai macam ni…..kes perigi cari timba ni…

Aku :  hye..boleh kita berkenalan

Fathul Rahman : Boleh je  


Wah ada respon..hehhehehehe gedik tol aku ni…
Berlarutan perbualan kami …dia meminta nombor telefon aku.Jujur aku katakana aku memang susah sikit nak bagi no telefon pada orang ..expecially orang lelaki yang aku tak berapa kenal….Alah apa salah kan berkawan dan berkenalan lagi pun aku bukan ada boyfriend pun..dia pun cakap dia single alah standart lelaki single katanya entah anak dah bersepah …hehehhehee

“Hello ..” kedengaran suara pemanggil…
“Iya hello nak cakap dengan siapa?” aku menyakat padahal dah sedia maklum dah siapa pemanggil..
Lama juga kami berbual..memang lama la…hahhahaa…macam-macam kami bual kan..rasa macam dah kenal lama je..Ni bukan suai kenal ni ..Ni dah jadi kenal melampau…
Esok dah mula la babak ‘sms’ babak chatting berdua…. Dia pun cakap dia rindukan aku la apa lah…boleh percaya ke? Lelaki ni mulut manis hati berkait …..
Dia ajak aku jumpa..hurmmmmmm…ni lah part yang paling berat dalam hati aku ni….aku memang jarang jumpa dengan rakan alam maya ni..Entah la rasa mcm tak confident diri je nak jumpa…… Ah!! Belasah je la  apa ada hal bukan nak kahwin pun …ada jodoh ada la tak da jodoh apa boleh buat.Lagipun aku bukan bercinta dengan dia pun yang nak iya-iya sangat tu kenapa kan??
Lepas tiga hari perkenalan kami yang hanya berbalas ‘sms’ bergayut telefon dan berchatting di facebook..kami decide untuk berjumpa..Malam tu aku minta tolong budak rumah aku agar teman aku ke Cheras untuk berjumpa dengan dia…
Buat pertama kalinya aku buat kerja gila macam ni.. ‘Blind Date’  .. Aku pandang muka mamat baju merah depan aku ni..Dia malu-malu… ‘Eh ! dalam phone bukan main lagi kan ‘ Kata hati kecil ku sambil tersenyum… Aku senyum-senyum pandang muka dia. ‘Boleh tahan tinggi mamat ni ..not bad..my taste Cuma mata je tak berapa sepet hahhaahaa’ Hati kecil ku berkata-kata lagi…  haishhh!! Ni berbicara dari hati ke hati ke? Hahhahahahaha…….

Beberapa kali bertemu kami berdua dah semakin mesra.Bagi aku dia baik dan jujur …Dia cukup berterus terang dengan apa yang dia lakukan.Semakin lama hatiku semakin tertarik untuk lebih rapat dengan nya.Tanpa sedar kami berdua dan pun ‘berpacaran’ ..Dia selalu buat aku tersenyum..bila saat dengan nya tidak ada ertikata tiada bahagia…




“U tau tak? I sayang sangat kat u .” Fathul memegang tangan ku.
“Tau je..ye lah u je yang sayang I ..i ni tak sayangkan u kan?. Aku tersenyum mengejek..Fathul Rahman ketawa..
“I dah decide tau.” Fathul kembali memandang muka ku…..
“U decide apa ? ..” berdebar-debar pula rasa di jiwa…
“Kahwin dengan u.” Terlopong kejap mulut aku…Ni mimpi ke apa ni?
“Mengarut gila lah u ni.” Aku tepuk kuat paha Fathul ..
“Apa pula..i dah fikir tau…I rasa I dah tua lah yunk… tak lama lagi umur I dah nak masuk 29 tahun tau…u ingat I tak fikir ke pasal masa depan i..tapi u faham lah kan  I ni musicion kadang-kadang ada job kadang-kadang tak ada job.” Aku pandang muka dia yang sedikit kecewa.
“In sha Allah , ada nanti tu rezeki.” Aku melentok kan kepala aku kebahu nya..
Thank You For Loving Me.” Ceh!! Omputeh plak aku….hehehhehee…..
“U sayang I tak baby?” Fathul mengelus rambut ku yang tak berapa nak lembut…
“Gila tak sayang … sayang  lah” .. Aku memejam kan mata aku….Aku bahagia…yessss!! Bahagia……

Dah 2 bulan berlalu … sekarang kami berdua berjauhan..seorang di Utara dan seorang di Ibu Kota….Setiap hari talian maxis menjadi penghubung antara kami berdua.Itu saja cara yang dapat melepaskan rindu. ‘Facebook’ juga menjadi penghubung….. Setiap hari 2jam hingga 3 jam kami berbual.Puas berborak pasal masa depan..Bergaduh pasal yang bukan-bukan.Boleh kata setiap hari ada saja topic yang boleh buat kami mencetus peperangan……Tapi selalunya aku tidak akan mengalah.Tapi Fathul yang lebih bersikap mengalah dan sabar dengan kerenah aku.Mampukah Fathul bertahan??

























BAB 2

“I rasa kita dah tak serasi bersama… I tahu selama ini I dah banyak sakiti hati u..i banyak menyusahkan u.” Sekian lama kami bersama ..aku rasa ini lah saat yang paling sulit untuk aku membuat keputusan.
“U nak tinggalkan I baby?” ku lihat wajah Fathul yang sedikit keruh.
“HUrmmmm!!!!” Aku palingkan wajah ku ke arah lain. Kalau ku pandang wajah Fathul pasti hati tak kan sampai untuk membuat keputusan.
“Tapi kenapa? Apa salah i? Baby u tahu kan I tak boleh hidup tanpa u..I tinggalkan semua demi u baby..i sayang kan u .” Aku dengar Fathul sebak…ada nada pilu pada baris bicara nya…
“Cari yang lebih baik dari i… I minta maaf..i tak boleh teruskan hubungan ini..i tak layak untuk u..” Aku tunduk wajah ku memandang rumput hijau di kaki… ‘Ya Allah Kau kuatkan lah semangat ku Ya Allah… Sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang ada dalam hati ku……’ Aku bermonolog sendirian…
“Tapi kenapa baby?” Fathul masih menuntut jawapan .. aku tahu dia takkan berpuas hati….
“Tak semua yang kita mahu dan tak semestinya yang kita cintai itu akan jadi milik kita..”
“U cakap senang..sampai hati u baby buat I macam ni.. sampai hati u nak tinggal kan I ..i sedih baby ..sedih sangat .”  Aku lihat ada manik jernih membirai di mata Fathul….
‘maafkan aku sayang…aku terpaksa ..terpaksa sangat…bukan mudah untuk aku buat semua ni..satu hari kau akan faham’….Aku cuba melindungi perasaan sebak..sedih ..pilu….

“I terpaksa pergi dulu… u jaga diri baik-baik..in sha allah satu hari u akan jumpa yang lebih baik dari i…I minta maaf di atas segalanya.. I sayangkan u..sumpah I pergi bukan sebab I ada pengganti diri u..tapi ada sebab yang tak mampu I nyatakan pada u… .” Aku bangun berlalu meninggalkan Fathul tanpa menoleh lagi…. Ku harap biar lah hari ini dia menangis ..memaki hamun aku ..dari dia membazir hidup nya untuk aku…..
























BAB 3

Kisah itu sudah hampir 3 tahun berlalu…Namun semua kenangan masih segar di ingatan..Fathul Rahman perkenalan yang tiada di rancang ..Percintaan yang tiada di impi namun semua nya terjadi tanpa di duga… Dan 3 tahun juga aku tidak mendengar khabar nya… Selepas keputusan aku untuk berpisah dengan nya aku membawa diri jauh ke Negara Kangaroo ini… tiada lagi akaun ‘Facebook’ semua telah di lupuskan….. Aku tidak mahu Fathul tahu di mana aku..Dan mungkin kini Fathul dah bahagia bersama teman baru nya atau apa saja lah..Dan mungkin dia telah pun bertemu dengan yang lain.. Aku juga telah punya kehidupan aku sendiri walau pun masih sendiri….

 “Haishhh!!! Bersepah betul lah bilik ni ..”  Aku menarik keluar beg bagasi yang dah lama aku tak berusik… Tengok kejap lah apa yang aku sumbat dalam beg ni …  Aku mengomel sendirian …
Aku terpandang ‘handphone’ berjenama Samsung warna hitam .Dah lama aku tak guna pakai handphone tu… Aku cuba ‘on’ suis nya.. Eh! Masih berfungsi…. Hehehehhee….. aku picit keypad sana sini…. Tetiba aku  terpancar ‘Folder My Baby’ aku cuba buka.. aku pun dah lupa apa yang aku simpan di folder tu…

I sayang u sangat-sangat… I love you baby ketat-ketat.’  (messenge pertama)

Aku masih ingat lagi messenge ini Fathul hantar masa kami berpisah di stesen keretapi KUALA LUMPUR masa tu aku mahu pulang ke SELAYANG dan Fathul pulak mahu pulang ke CHERAS…

‘Cayunk sedihnya tp campak brg tak maw wat tau ‘… (messenge kedua)

Aku tergelak kecil …hehehe aku ingat lagi messenge ni sebab apa? Sebab ada satu hari tu aku campak handphone aku ke dinding dan laptop aku… Sebab Fathul suruh aku delete picture kami dua dalam laptop.. dia cemburu aku ber ‘sms’ dengan boy lain… hahahhahaa…. Pada asal aku just nak sakat dia je..mana aku tahu yang cemburu dia tu dah tahap dewa… alah biasa lah duga kan? Nak tengok dia ni sayang aku ke main-main je… rupanya dia siap berapi… last-last aku yang panas balik…habis semua barang aku campak….hahhahahaha…. ending of story aku yang nangis…lepas Fathul pujuk aku ..dia minta maaf sebab buat aku marah… aku tengok dia kutip bangkai handphone aku…dan hidupkan semula laptop aku… masa tu rasa macam kesian sangat.Dia dah jadi mangsa panas baran aku….

‘Bebi marah b lagi ke? I xde niat pun nak tinggalkan u bebi..semalam tu I cakap gurau-gurau je ..tak tau plak bleh jadi mcm tu..i minta maaf banyak-banyak k..i sayang u sangat-sangat..i x tido lagi ni..Ye memang I salah n I takot u tinggal i… Muahhh bebi love u ketat-ketat.’

Tiba-tiba ada linangan airmata di birai mata aku bila baca messenge ini…Aku ingat lagi messenge ni di hantar beberapa hari selepas dia berapa di Pulau Pinang… Mungkin sebab kami tidak pernah berjauhan jadi rasa rindu antara kami buat kami berdua selalu salah faham…. Aku picit butang close..  aku tak sanggup nak baca messege seterusnya… Ya Allah aku rindu kan dia…. 3 tahun aku lari namun tak seinci pun tentang dia aku lupa….

“Pergi balik cari dia lah Suffy.” Lamunan aku tersentak …
“Lahabau punya kawan..celah mana kau sampai?” Aku baling si Tobi ke arah Yana Adilla….
“Dah lama..aku tengok ko busy belek-belek handphone kenangan ko tu..Aku tau ko rindu kan si Cogibert ko tu kan?” Aku buat tak dengar apa yang Yana kata..
“Kita ni Suffy boleh lari dari manusia ..tapi untuk lari dari kenangan tak mungkin Suffy. Nak pula ko tinggal kan dia macam tu je..” Yana bangun dan duduk di sebelah aku. Aku buka dompet lama aku..aku tengok gambar ukuran passport Fathul dan pick gitar kaler coklat yang dia bagi kat aku …aku ingat lagi masa tu kami makan di kedai mamak depan Central Market…
Dia keluarkan gambar kecil tu dengan pick gitar tu..dia cakap dia suruh aku simpan buat kenangan…
Aku ambil dan selitkan dalam dompet aku… yang dah usang tu hehehehhehee…..
“Kau rindukan dia ke Suffy?” Yana memandang muka aku….
“Tak ada seminit pun aku tak rindukan dia …Tak ada sesaat pun aku lupakan dia Yana..Sumpah ku sumpah mati Yana. Aku tahu dia bukan cinta pertama aku tapi dia cinta terakhir aku Yana..Takkan mungkin berganti.” Aku menahan sebak di dada….
“Dah tu kenapa kau tinggal kan dia tanpa alasan Suffy?” Yana cuba mengorek kepastian…
“Hanya Allah yang tahu Yana….Hanya Allah..ini semua ketentuan dari Nya ..” Aku menyimpan semula semua kenangan aku dengan Fathul Rahman…. Biar lah ia semuanya pergi berlalu..berlalu bagai angin semalam..Berlalu bersama musim-musim yang telah pergi …





























BAB 4

“Fathul… sampai bila lu nak macam ni haaaa?”  Haikal bersuara pada teman nya yang seorang tu.. Fathul tidak memperdulikan soalan teman nya..Dia terus memetik gitar…
“Fathul …lu dengar tak wa tanya lu ni?” Fathul terus memetik gitar dengan lagu kegemaran nya ‘ Thank You For Loving Me’ lagu tu jadi kegemaran nya sejak Suffy Nafisa  dedicate kan padanya…
“Dah 3 tahun beb… dia tinggal lu… sudah lah .. lu cari pengganti apa salahnya… Hey !! Fathul banyak lagi lah girl dalam dunia ni selain pompuan tu… Dia dah kecewa kan lu ..lu cari lain lah..bukan tak ada yang nak kan lu beb ..kat club tu bersepah…lagi lawa ..cun..sexy semua ada ..lu pilih je.” Haikal semakin sebal melihat kelakuan teman baik nya yang seorang tu….
“Wa nak yang macam Suffy Nafisa ..ada?” Fathul  bangun mengambil rokok di atas meja.. dia menyala kana pi rokok dan menyedut dalam….
“Apa yang hebat sangat si Suffy tu sampai lu puja dia sangat..Wa tengok tak ada lah cun sangat pun.”
“CINTA…. Lu faham tak apa erti CINTA..?” Fathul menyedut rokok sambil menyandar kepala nya ke dinding..
‘Suffy kenapa buat I macam ni sayang..Suffy kat mana?? Puas I cari u … I rindu u sayang… Suffy balik lah kepangkuan i… I tak boleh hidup tanpa u Suffy… dah 3 tahun Suffy tinggal kan i… apa salah I Suffy… I tak pernah gantikan tempat u dengan sesiapa di hati I Suffy..hanya u Suffy….’  Hati Fathul menjerit..meraung tangis… dia terlalu merindukan Suffy Nafisa… seorang perempuan yang banyak mengajar dia erti kasih sayang dan hidup…

“Biar lah Haikal andai takdir ini tertulis wa idup sendiri wa terima.” Fathul mencapai semula gitar kesayangan nya… Gitar tu pemberian Suffy Nafisa… di Gitar tu ada tertulis namanya dan nama Suffy Nafisa…
“Geng..hidup kena teruskan.. entah-entah Suffy tu dah bahagia dengan orang lain ..dah beranak pinak ..lu kat sini nganga ja..masuk angin…” Rasa macam nak bagi penumbok je kat muka si Fathul ni … Bentak hati Haikal… bengap sangat…
Haikal sedia maklum malah rakan-rakan lain pun sedia maklum macam mana Fathul serius dengan Suffy..malah semua orang tahu mereka ni umpama ROMEO AND JULIET…. Tak boleh di pisah kan.. Sebab Suffy juga lah Fathul banyak berubah..dari seorang lelaki yang liar ..yang punya banyak wanita… yang sentiasa mengamal kan hidup lelaki-lelaki club malam…kepada seorang lelaki yang setia..Daripada seorang yang sentiasa menjadi kan Alchohol minuman tenaga…kepada lelaki yang minum Teh O ais limau ja…. Dari seorang lelaki yang tak pernah memikir tentang masa depan kepada lelaki yang lebih berwawasan.. Sampai ramai yang respect akan perubahan Fathul..dari seorang lelaki nakal kepada seorang lelaki yang lebih berakal….. Tapi dia sendiri tidak ada jawapan kenapa secara tetiba Suffy Nafisa meninggalkan Fathul dan hilang ghaib begitu saja.. Puas juga mereka teman-teman menjejaki Suffy Nafisa sebab kesian kan Fathul yang separuh gila… tapi semua gagal……  keluarga Suffy Nafisa sendiri hilang arah jejak Suffy Nafisa…. Tak ada siapa pun tahu di mana Suffy Nafisa dan nasib hidupnya entah hidup entah mati… Mula-mula dahulu Fathul seperti orang hilang akal…hilang arah… tapi sekarang dia lebih baik….

“Dah la beb..wa nak balik dulu ..cakap dengan lu memang tak makan ayat..lu dengan Suffy sama je degil..wa nasihat je..tak nak dengar sudah..lu tunggu lah awek lu yang ghaib kat alam bunian tu datang okey .” Haikal meninggalkan Fathul sendirian dalam bilik nya…
Fathul Cuma menghantar Haikal dengan pandangan matanya sahaja….
“Haikal dah nak balik ke?” Sapa Puan Jamilah emak Fathul…
“Ye lah makcik… naik sebal saya dengan si Fathul..tak abeh dengan penyakit angau nya tu..Nasihat satu apa pun tak nak dengar.. benda dah 3 tahun makcik.. patut lupakan je lah .” Puan Jamilah merengus mendengar kata Haikal….
“Entah lah Haikal .. anak makcik sorang tu .” Puan Jamilah menyambung kerja nya di dapur.
“Saya balik dulu makcik.”  Haikal memakai kasut..
“Iya lah..baik-baik jalan tu.” Puan Jamilah menggeleng sambil melempar pandangan ke arah bilik Fathul.Sayup kedengaran petikan gitar anak bongsunya…
Fathul anak nya yang baik.Yang jarang menyusah kan dirinya. Walau pun kerjaya nya sebagai pemuzik cukup-cukup makan.Tapi setiap kali ada kerja Fathul tak pernah lupa kirim kan wang belanja kepadanya. Fathul anak nya yang manja. Tapi jarang berkongsi masalah dengan nya .Mungkin anak nya itu tidak mahu dia bersusah hati. Fathul sangat rapat dengan arwah ayah nya . Cuma minat nya dalam bidang muzik mendalam dan dia memilih kerjaya sebagai pemuzik..
Saat Fathul membawa pulang Suffy Nafisa dia senang sekali. Dia tahu Suffy Nafisa boleh membahagia kan Fathul. Boleh menjaga Fathul lebih baik dari dia sendiri menjaga Fathul. Dia dapat melihat bila Fathul bersungguh dengan hubungan nya . Fathul terlalu sayang kan Suffy.. Fathul banyak berubah dari sebelum nya. Fathul lebih menjadi matang dan bertanggungjawab…Fathul juga pernah menyatakan niat nya untuk berkahwin dengan Suffy Nafisa dan dia berusaha mengumpul wang untuk perkahwinan mereka. Tetapi satu hari Fathul balik kerumah seperti orang sasau. Dah lama Fathul tak meneguk air ‘haram’ tu dia teguk. Dia dapat rasakan dan lihat Fathul sangat kecewa. Fathul memeluk nya dan menangis semahunya. Katanya Suffy Nafisa dah tinggalkan nya. Dia tak mampu berkata apa-apa selain menangis bersama dengan anaknya itu.. Sampai hati Suffy Nafisa buat macam tu pada Fathul.

‘Suffyyyyyyyyy’ Lamunan Puan Jamilah tersentak bila dia mendengar Fathul meraung memanggil nama Suffy… Begitu lah Fathul sejak 3 tahun yang lalu. Baginya perbuatan Suffy Nafisa itu terlalu kejam. Dia dapat merasakan berat penderitaan yang di tanggung oleh anak nya itu…..























BAB 5


“Baby ..nanti kalau boleh I nak anak lelaki okey..” Fathul membetul kan tali gitar nya. Memang rutin bila dia tukar tali gitar mesti aku akan menolong nya.. Kerja aku tak lain tolong pusing menatang kepala gitar tu..apa benda ntah dorang panggil. Memang senang banyak lah si Fathul kerjanya pegang tali je yang aku ni naik lenguh jari dok pusing-pusing benda tu . Tapi aku happy buat semua tu.
“Tak nak lah I nak anak perempuan okey.” Aku memuncung kan mulut ku.
“Mulut tu kalau tak muncung tak boleh ke?” Fathul menjeling.
“Apa hal plak?” aku teruskan kerja aku yang takde gaji pusing benda tu…
“Geram..hahahahaa…so cute tau.”
“Ceh..!!”  Aku merengus….
“Anak lelaki boleh ikut I main gitar.”
“Eleh!! Anak perempuan pun boleh pe..” Aku menyangkal pendapat Fathul.
“Anak perempuan main piano lah.” Fathul bagi cadangan.
“No!! main gitar juga okey.. umur 2 tahun dah bagi main gitar.” Aku mula memasang angan.
“Hurmmm..kena tengok minat dorang gak yunk..kalau dorang tak minat tak boleh cakap apa lah.” Aku menggangguk…
“Tu lah kan b… kalau tak minat tak kata apa lah kan? Tapi I nak bagi anak-anak I sekolah pondok lah b..” Aku memandang muka Fathul.
“No..No tu I tak setuju..sorry yunk… bab macam ni I tak sepemikiran dengan u.. I nak anak-anak I ikut jejak macam i..kalau boleh biar dorang dengan dunia..” Aku berhenti dari memusing kepala gitar untuk di pasangkan tali. Aku tengok muka Fathul.
“B…. ustaz I cakap .. harta paling berharga dalam hidup kita bukan gitar u ni..bukan harta benda ..kemewahan dunia..kemasyuran nama… tapi anak yang Soleh dan Solehah b… itu je yang dapat tolong kita kat sana nanti. Cuba u ingat balik b..selama ayah u tak da ni..berapa kali u solat dan mendoakan kan untuk ayah u b..u tengok sendiri hidup u macam mana? Sorry bukan I nak cakap I ni baik b..tapi seboleh nya I nak jadi lebih baik dari sekarang ni.” Aku rasa sedikit kecewa dengan Fathul.
“Betul lah yunk…betul apa u cakap tu..i minta maaf ..i silap..” Fathul merengus kesal.
“Tak pe b.. I sayang u sangat.. sama-sama kita usaha untuk cari semua tu ..untuk keluarga kita nanti okey.” Aku tepuk bahu Fathul.
“Tapi yunk kita ni cakap macam ye ye je..hahahahaha…macam lah u dah pregnant sekarang kan yunk.” Aku tergelak kecil…hahahahhaa…. Berangan cukup kuat dua-dua orang ni hahahahahaha…


Hye..alone?” Lamunan aku terhenti seketika. Aku memaling kan muka ke arah suara garau yang membunuh lamunan aku.
Can you see somebody expecially me?” Aku memulangkan semula soalan bodoh tu pada sang empunya soalan..
“Marah pulak?” Yisri Iskandar kembali menyakat Suffy Nafisa.
“Tak lah ..kan tengah bergurau ni..” Aku menjeling Yisri yang dah pun duduk di sebelah tanpa di pelawa.
“Dah 3 tahun Suffy kat sini.. Yis tahu Suffy masih rindukan Fathul kan? Suffy masih ingat kan Fathul kan?” Aku diam seribu kata..menjawab pun tidak ..
“Suffy masih cintakan Fathul?” Aku memandang Yisri dengan pandangan yang jauh…. Yess!! Only him in my heart Yis…. Only him…. Hati kecil ku menjerit.
“Yis tahu Suffy masih cinta kan Fathul.. Suffy tak pernah lupakan Fathul..Suffy terpaksa tinggalkan Fathul. Kenapa Suffy bodoh ..korban kan cinta Suffy atas permintaan orang lain? Kenapa Suffy tak habis-habis dengan sikap nak berkorban Suffy tu. Tak cukup kah dulu Suffy berkorban untuk Alysha melepas kan Yis  pergi.. alasan nak Yis bahagia..kenapa Suffy? Suffy tengok Yis bahagia tak sekarang ni? Alysha pun tinggal kan Yis dan berkahwin dengan orang lain.. Suffy tengok sendiri apa dah jadi dengan Yis atas perbuatan Suffy.Sia-sia tau tak pengorbanan Suffy tu.” Yisri mengeluh kesal.
Dia kesal dengan sikap baik hati Suffy. Suffy sanggup korban kan kebahagiaan dirinya demi kebahagiaan orang lain.Dia sanggup bunuh hati nya sendiri demi tidak mahu melihat dia menjadi penyebab derita orang lain. Suffy Nafisa susah di ramal apa yang ada dalam fikirannya..Kadangkala dia bagai seorang manusia yang tak punya hati perasaan.Mungkin sebab dia dah banyak kali melalui kekecewaan dalam hidup..banyak kali di sakiti hatinya hingga dia jadi kebal untuk menangis kerna cinta. Selama 3 tahun dia bersama Suffy Nafisa tidak pernah sekali dia melihat Suffy menangis..atau bermuram. Dia melihat seolah tiada apa yang sedih yang hitam di lalui oleh Suffy..Suffy happy go lucky. Selalu buat semua orang bergembira bila bersama dengan nya.
“Yis…Suffy nak balik Malaysia.” Tetiba aku bersuara pilu.
“Why?” Yisri memandang wajah ku.
“Yis.. Suffy rindu Malaysia. Suffy tak nak tipu diri dan hati Suffy lagi. Suffy nak balik cari Fathul. Suffy rindukan nya. Suffy bodoh Yis.. Suffy tak patut tinggal kan Fathul. Suffy ingat Suffy boleh tinggalkan Fathul tapi Suffy silap Yis…Silap… Suffy tak boleh hidup tanpa nya Yis.  Hari-hari selepas solat ..selepas bangun tido Suffy nangis..Suffy sentiasa berdoa agar Fathul maafkan Suffy. Suffy masih mahu bertemu dengan nya lagi. Hati Suffy kuat mengatakan Fathul tunggu Suffy. Suffy tipu diri hari-hari Yis. 3 Tahun Suffy jadi perindu sepi. Sepi yang Suffy cipta sendiri. Sengsara yang Suffy undang dalam hidup Suffy. Suffy ego sangat Yis .. Suffy nak bagitau semua yang Suffy tak kisah pun dengan perpisahan ini. Tapi sebenarnya Suffy derita Yis…” Aku menangis tersedu.
Sekian lama aku simpan kisah sedih ini tapi hari ini aku gagal membendung rasa pilu itu lagi.Di dada Yisri Iskandar akhirnya termeterai juga segala cerita duka yang ku simpan.
Yisri Iskandar mengelus lembut rambut Suffy Nafisa.Dia tahu dia dah lama kehilangan cinta Suffy Nafisa sejak perpisahan mereka dulu. Kini dia tahu di hati Suffy Nafisa dia cuma sahabat baik..Sahabat dan saudara tak lebih dari itu. Dia akui walau hingga kini dia masih mengejar bayang cinta Suffy tapi kini dia kena belajar terima kenyataan yang sebenar-benarnya cinta Suffy milik Fathul Rahman bukan milik nya.
“Suffy cari lah balik Fathul.Tapi bagaimana kalau kiranya Fathul dah berkeluarga dah ada kehidupan sendiri?” Yisri menduga Suffy Nafisa…
“Suffy akan pastikan dulu lah Yis..kalau andaikata dia dah bahagia Suffy akan pergi .Suffy takkan ganggu dia lagi. Suffy takkan jumpa dia. Suffy akan balik kat Yis balik lah hehehhehehe.” Yisri Iskandar tersenyum sumbing.
‘Walau seribu kali kehadiran mu Suffy tak mungkin rasa cinta untuk ku sama seperti dulu. Dan aku percaya kau takkan pernah cintai ku lagi Suffy’ ..Yisri Iskandar bermonolog sendirian sambil mata nya merenung wajah mulus Suffy Nafisa. Suffy Nafisa dan berusia 35 tahun tapi wajahnya langsung tak menunjuk kan wajah nya yang berusia. Malah sikap manja keanak-anakan nya masih tergambar. Kadang seperti gadis yang baru nak melonjak dewasa. Mungkin sikapnya yang sentiasa ceria buat wajahnya Nampak muda selalu. Suffy Nafisa seorang gadis yang tidak lokek dengan senyuman…








 BERSAMBUNG...........!!!!!!!!

Popular Posts