Aku Pasrah

Tak ku menyangka dan tidak ku menduga 
Akhirnya engkau yang berubah 
Sekelip mata cinta kita terlerai 
Di hujani dengan linangan airmata
Mengapa engkau dustai cinta kita
Dimana letaknya janji setia 
Yang pernah engkau lafazkan sewaktu dahulu
Ingin terus hidup selamanya bersama ku 
Hingga keakhirnya....
Tinggal lah aku bersama hati yang pedih terpaksa aku telan segala kepahitan ...sehingga kering airmata ku menangis kerana mengenangkan nasib yang telah menimpa diriku ini ...
Biarlah ku sendiri meneruskan hidup tanpamu di sini
Ku rela kan dikau pergi andai itu mahu mu
Ku menerima ianya adalah ujian darinya
Tiada jodoh antara kita 
Aku pasrah aku redha dengan apa yang terjadi
Aku doakan agar dikau bahagia di sampingnya

Popular Posts