Cerita Tentang PEmbuangan Bayi

Nak bercerita tentang pembuangan bayi di kalangan remaja masa kini aku dapat rasa kan dh jemu , muak , bosan , sbb semakin lagi berat hukuman yg d kenakan semakin banyak pembuangan bayi ... Mengapa terjadinya kes-kes pembuangan bayi? Yang kadang2 kita sendiri pun susah nak menjawab. Itu lah alkisah dunia di akhir zaman ... Tp apa salahnya insan kecil tu??SIAPA HARUS DI PERSALAHKAN???

Tapi kadang2 kita tidak boleh menyalahkan remaja semata-mata ...salah org tua juga... Salah masyarakat sekeliling kerana berfikiran agak kuno ... Maksud saya bukan mahu menggalak kan zina... tapi zina x boleh d elak kan ... Cuba kita tgok negara-negara maju ... seperti AMerika , German , Jepun .. terlalu banyak kah berita pembuangan bayi??? seperti yang berlaku di negara kita?? tidak kan?? jika hendak di lihat dari aspek kemanusiaan saya rasa mereka lebih menitik berat kan nilai kemanusiaan .
Remaja kecil-kecil lagi dah di asuh dan di beri pengetahuan tentang apa itu SEKS..keburukan dan kebaikan SEKS... kanak-kanak atau remaja sering bersikap ingin tahu ...Apabila kita tidak menerangkan secara terperinci tentang kebaikan dan keburukan seks mereka akan mencari satu alternatif lain untuk mengetahui ... di sini lah akan terjadi nya silap tingkah laku dan pemahaman tentang bahaya nya seks sebelum berkahwin.
Kadang-kadang masyarakat kita juga harus memainkan peranan penting dalam hal begini.Remaja yang tersilap jalan haruslah di bimbing dan di pimpin kembali ke arus jalan yang betul bukan menyalahkan dan terus menyalah kan sehingga membuatkan mereka terkurung dalam rasa bersalah selamanya dan kadangkala mengambil inisiatif yang singkat tanpa berfikir panjang seperti membunuh diri dan sbgnya... Bukan lah di sini bermaksud menghalalkan apa yang haram ...tapi tidak ada manusia tidak melakukan kesilapan ... Jangan kita sangka orang-orang tua yang nampak seperti alim ulama tidak pernah melakukan kesilapan ....

Dalam hidup kita ada frasa ..Dari kecil bayi ..menjadi kanak-kanak...kanak-kanak menjadi remaja ..remaja menjadi dewasa dan seterusnya tua.... Kepada Ibu bapa hari ini jangan sama kan zaman remaja sekarang seperti zaman remaja tahun 60 an - 70 an ... Dulu tiada handphone...tiada laptop..tiada internet..tiada telefon mudah alih..tiada mewah televisyen...tiada BB ..tiada Ipod Nano ...Tiada kemudahan seperti hari ini..Lagi banyak alternatif kemudahan dan kecanggihan lagi tinggi nilai sosialnya.... Tidak Boleh menyalahkan REMAJA 100% dalam permasalahan pembuangan bayi ...kerosakan akhlak ... Apa pun terjadi pada masa ini semuanya bermula dari rumah .... Tapi ada yang Ibu BapaNya warak... baik ...tp anak nya kurang baik...kenapa??? Kerana Ibu Bapa memberi kepercayaan penuh kepada anaknya...Apa pandangan orang tentang anak nya semua tidak boleh di guna pakai....Tapi ada sesetengah kerana tekanan dalam hidup .... so hanya mereka yang melakukan sahaja tahu mengapa mereka melakukan nya.....
Menyalahkan Bukan memberi kebaikan malahan keburukan ... mencegah itu lebih baik dari menuding jari antara satu sama lain.....


Popular Posts