WANGIAN KEMBOJA DI PAGI RAYA
Takbir Raya bergema lagi memecah keheningan pagi
Seusai solat aidilfitri ku dongak langit ambia tersergam indah
Lazuardi biru di temani burung-burung yg bebas di angkasa
Mata kecilku terpana pada ceracak-ceracak nesan sepi di perkuburan
"Assalammualaikum Ya ahli kubur...Assalammualaikum wahai bondaku..Selamat hari Raya"
Ku renung nesan sepi tersergam nama termatri.
'Allahyarhamah Rosilah Bt Desa' Tanpa sedar mutiara jernih menari-nari di birai mata
Perlahan ku alunkan bacaan ayat-ayat suci istimewa buat bondaku.
Ingatan sesekali terlayang pada kenangan manis di pagi raya.
Masih terngiang leteran bonda mengomel melihat keletah anak-anaknya yg nakal.
Masih terasakucupan mesra bibir bonda di pipi
"Huh" hatiku tersayat pilu bila mengenang sebak menggomol di jiwa...
Bonda aku rindu suara mu
Bonda ku rindukan masakan mu
Bonda ku rindu mengucup pipimu
Bonda ku rindu haruman wangian syurga di kakimu
SegalanYa ku usung rindu membuak di dada
Jika bisa ku ulang masa...takkan ku biarkan dirimu menitiskan airmata kerna diriku
Bonda..aidilfitri datang lagi...Yg keberapa aku sendiri tidak sanggup menghitung dgn jari jemari
Saat ku renung wajah adik-adik tidak sampai rasa di hati merenung ...
Di saat aku sibuk mengimbau momentum memori indah
Wangian haruman kemboja merentap segala kenangan..menusuk deras memenuhi ruang nafas ku..
Aku kembali semula menatap nesan sepi di psara indah mu bonda.
"Ya allah..ampunilah segala dosa ibuku..Hanya dia ibuku di dunia dan di akhirat...
Jangan kau siksa Ibuku..Biar ku galas semua dosa-dosa ibuku..
Tempatkan lah Ibuku di kalangan hamba-hamba mu yang beriman dan sollek"
Bonda anakanda pulang dahulu..maafkanlah anakanda kerana tak bisa melawati bonda selalu.
Anakanda selalu mengirinkan doa tanda kerinduan anakanda pada bonda.
Insyaallah bonda kita akan kembali bersua di MASYAR nanti....
SELAMAT HARI RAYA BONDAKU.....DARI ANAK MU ..MASFHAZILAWATY....CINTAKU PADAMU SELALU..