CINTAKU TERSURAT DI MUKA BUKU BAB 6- BAB 8
BAB 6
“Ko dah buat keputusan muktamad ke Suffy nak balik
Malaysia?” Yana membancuh teh di dapur sambil melihat Suffy Nafisa sibuk
mengemas barangnya.
“Yes… !!! Dah lama sangat kot aku kat sini.”
“Mesti ada something
yang buat ko nak balik Malaysia.Hari tu beriya sangat tak nak balik Malaysia
dah.” Aku tidak peduli kan kata-kata Yana. Semangat nak balik Malaysia
berkobar-kobar. Lagi semangat aku nak balik jumpa dengan Fathul. Macam mana lah
Fathul gamaknya. Rambut pendek ka? Botak kah? Macam dulu lagi kah? Atau dah
berubah… Atau dah jadi suami orang..atau pun dia dah kahwin dengan Syilaa…. Tetiba
tangan ku berhenti dari terus mengemas. Iyaaaa…. Syila.. satu nama yang tetiba
buat aku jadi sesak. Yang buat aku jadi lemas. Yang buat aku jadi sasau…
“Haaaaaa!!...kenapa pula dah ni?” Yana menepuk bahu aku.
Lamunan aku tersentak. Peristiwa 3 tahun dulu terlayar di benak dan minda. Aku
mengeleng kan kepala…. Sambil melemparkan senyuman palsu kepada Yana.
Aku ‘klik’ inbox messege
ku di FACEBOOK…. Ada messege masuk…
‘Sapa pulak ni..?’ aku klik open messege..
Syila Liana :
Assalammualaikum..boleh tanya sikit tak?
Aku tengok messege baru di hantar kepadaku 2 minit lepas.
Maknaya ‘user’ ni sedang online.
Aku menjawab : Waalaikummusalam
.. boleh apa salahnya ..apa ye?
Syila Liana : Kenal
dengan Fathul Rahman?
Aku : Yup kenal
sangat ..kenapa?
Syila Liana: Awak
gf Fathul kan?
Aku : Yup…
Syila Liana : Sorry
ganggu … boleh saya jumpa dengan awak tak? Ada hal penting saya nak cakap
dengan awak..
Aku : Boleh ..bila?
Syila Liana : Esok
tengahari boleh tak? Kita jumpa di Sogo foodcourt.. ni phone number saya :
012-2909044 call me Syila..
Aku : Okey … Esok
dalam pukul 12.30 tengahari kita jumpa kat sana..
Syila Liana : Okey
.. saya tunggu awak ..Jangan tak datang .. Salam..
Aku : Wasalam
okey….
Aku ‘klik’ butang kosong kan perbualan. Aku tak nak
Fathul tahu pertemuan aku dengan Syila. Aku
rasa ada sesuatu yang Fathul rahsia kan pada aku. Aku tak sabar nak tahu
apa yang Syila si perempuan misteri tu nak bagitahu. Aku cuba stalk wall Syila tu tapi tak banyak yang
aku dapat. Tak ada picture..seolah
akaun tu baru di wujudkan untuk semata-mata berhubung dengan aku atau lebih
afdalnya FAKE AKAUN… huhuhuhuhuhu…..
Malam tu aku tak dapat tidur nyenyak. Macam biasa aku
bergayut dengan Fathul . Itu dah memang menjadi rutin kami dari start kenal
lagi. Entah lah si Fathul ni tak reti jemu pun dengar aku pok pek pok pek
hari-hari. Kadang –kadang aku sendiri rasa bosan nak bercakap. Tapi Fathul tak
..hari-hari dia boleh tadah telinga dengar aku membebel… Pelik betul perangai
manusia ni…..
“Assalammualaikum… hye awak Syila ke?” Perempuan berbaju
merah itu tersenyum sambil menghangguk kan kepalanya menjawab salam. Di sebelah
nya ada seorang budak lelaki kecil dalam lingkungan umur 3 tahun lebih. Aku
menghulurkan tangan bersalaman dengan nya. Lantas menarik kerusi duduk
berhadapan dengan nya.
“Saya Suffy Nafisa.. gf Fathul Rahman.” Aku memperkenal
kan diri.
“Yep..saya tahu. Saya Syila Liana yang inbox messege awak semalam di FB .. ini
anak saya Farid Ikhmal.” Anak kecil itu menghulurkan tangan padaku mahu
bersalaman. Comel dan cerdik..
“Ada apa ye yang awak nak jumpa dengan saya?” Aku
memulakan bicara. Aku memang tak sabar dari semalam lagi bermain teka teki
dengan macam-macam persoalan.
“4 tahun dulu saya kekasih Fathul Rahman.” Terang
perempuan di depan ku itu.
“Oh ! ye ke? Hehehehe… biasalah sebelum dengan saya
Fathul memang ramai kekasih. Boleh kata setiap negeri yang dia pergi mesti ada
kekasih punya.. Tapi sekarang dia dah berubah. Hanya dengan saya.” Aku menjawab
bersahaja. Memang aku tak hairan lah jika perempuan di depan ku ini pernah
menjadi kekasih nya. Sebab ini bukan kali pertama aku di sogok dengan situasi
ni. Dah ramai perempuan yang mengaku mereka semua bekas kekasih Fathul.. Tapi
Fathul lebih dahulu menjelas kan pada aku siapa gerangan si polan itu si polan
ini. Tapi seingat aku perempuan di depan aku ini pun Fathul pernah cerita kisah
cinta mereka. Mungkin aku yang tidak berapa mahu mengambil tahu. Ye lah ..
Barang yang lepas buat apa nak kenang ye dak?
“Awak yakin ke yang Fathul setia pada awak?” Perempuan
yang menama kan dirinya Syila itu semakin mahu menduga.
“In sha Allah ..saya yakin.. saya kenal Fathul..Fathul dulu
lain tak sama macam Fathul sekarang. Lagipun kami dalam perancangan untuk
berkahwin.” Aku cuba mengawal emosi agar tidak Nampak gelisah. Aku dapat
melihat perubahan airmuka di wajah Syila.
“Bagus lah..untung awak dapat Fathul ..Dia bersungguh
sayang kan awak.. Tak macam saya..saya yang bersungguh sayang kan dia..saya
buat apa saja untuk dia.. termasuk…” Tetiba Syila diam..dia cuba menahan
sesuatu ..ada titis airmata jatuh di pipi nya..
“Kenapa Syila?? Cuba awak bagitau saya apa yang saya tak
tahu?” Aku cuba memujuk Syila untuk bercerita.
“Setahun lebih jugak saya couple dengan Fathul. Kami dah
banyak kali terlanjur. Tapi banyak kali saya menyuruh Fathul bertemu dengan
keluarga saya. Dia tak pernah nak jumpa. Bila saya nak jumpa dengan mak dia..
pun dia tak pernah nak bawak.. saya rasa macam buang masa dan bodoh sangat
bercinta dengan orang yang tak pernah memikirkan tentang masa depan. Bagi dia
muzik adalah segala. Dia nak hidup dengan rock and roll nya.” Aku tersenyum..
yup itu lah Fathul yang dulu.. Mula dia kenali aku dulu pun sama je perangai
nya yang macam si Syila ni cakap.. Lama kelamaan dah selalu kena brainwash dengan aku dia dah mula
berubah. Tapi tak lama pun dia amik masa untuk berubah. Mungkin Syila tak cukup
strong nk hadap dia dulu..
“Sampai lah satu hari saya dapati diri saya hamil..masa
tu Tuhan saja yang tahu dunia ni macam mana? Saya tahu kalau beritahu Fathul
tentu Fathul takkan terima..sebab dia pernah cakap tak mahu anak..tak mahu
tanggungjawab.. Jadi saya amik keputusan untuk hilang kan diri.. dan putus
dengan Fathul.” Aku terpana..Oh! tidak… aku baru ingat yang Fathul pernah
bercerita tentang kekasih nya yang hilang tanpa kata..dia pernah cuba mencari….
Tapi gagal…ye betul baru aku ingat ex-gf nya itu nama Syila… kenapa aku boleh
lupa ….. Arghhhhh!!!!....
“Kenapa awak larikan diri? Kenapa awak tak beritahu
Fathul untuk kahwin dengan awak? Kenapa?” Aku semakin sedih..aku semakin
kecewa…kenapa saat aku meniti bahagia perlu ada semua ni..Dulu bila dengan
Yisri Iskandar kes habis kurang sama jugak… batalkan pertunangan kami kerna
orang ketiga…Sekarang jadi lagi story
yang sama……
“Masa tu saya tahu Fathul tak pernah serius dengan
saya..Fathul tak sayang kan saya… tapi saya sayang kan Fathul..sampai sekarang
saya masih sayang kan nya.. Kalau boleh saya harap sangat Fathul dapat terima
anak nya ni… dan jadi bapak kepada anak saya..Saya tak nak anak saya besar
tanpa kasih sayang ayah kandungnya.. Tapi adalah mustahil untuk Fathul kembali
pada saya kalau awak masih bersama nya..Saya tahu hanya awak saja yang boleh
tolong saya..Tinggal kan Fathul..Please
untuk anak saya..Awak kasihan lah kan dia.. Dah 3 tahun saya hadap semua
ini..terpaksa berdepan dengan semua orang menjawab siapa bapa Farid Ikhmal.”
Syila menangis sendu..Aku tahu Syila menderita..tapi Syila aku lagi sengsara
..kenapa mesti sekarang Syila..?? Kenapa tidak masa dulu sebelum aku bersama
Fathul..?? Kenapa Syila…….??
“Kenapa sekarang Syila?” Aku menahan sebak di dada…Dada
ku bagai nak pecah rasanya…
“Saya selalu ikuti perkembangan Fathul..Saya tahu
sekarang Fathul lebih dewasa dan berfikiran matang. Fathul dah berkemampuan
untuk menjadi ketua sebuah keluarga.” Aku rasa geram… wah!! Senang nya
cakap..masa kawan tu sakit..susah korang semua kat mana??Aku yang bangkit kan
dia… aku yang corak hati dia..sekarang mudah saja datang untuk minta itu ini..
“Saya simpati kat awak Syila..tapi saya tak boleh
lepaskan Fathul macam tu je..saya sayang kan dia Syila..saya cinta kan
dia..saya tak boleh hidup tanpa Fathul..saya harap awak faham…saya tak boleh
terima permintaan awak ni?” Aku bingkas bangun..ini semua permintaan gila…
“Suffy kalau tak kasihan saya pun kasihan lah anak saya
Suffy dia kecil lagi dia tak tahu apa-apa..” Aku memandang anak kecil yang
sedang sibuk makan ice cream. Iya dia tak mengerti apa pun….. Ya Allah dugaan apa kah ini Ya Allah …
tinggal 2 minggu lagi aku akan mengikat tali pertunangan dengan Fathul..sedikit
sebanyak persiapan dah pun di lakukan…mana aku nak letak muka tak jadi lagi bertunang…huhuhuhu…..
Aku berjalan tinggalkan Syila dan anak nya..Tak ku peduli
kan hiruk pikuk bising suara manusia di ruang makan itu…..Yang aku tahu aku nak
pergi ke suatu tempat yang aku boleh menjerit ..aku boleh meraung sekuatnya….
Apa nasib ku ini..kenapa kebahagiaan yang aku nikmati sekejap Cuma….aku benci
manusia..benciii…… kenapa aku kena bekorban?? Fathul salah?? Nooo…Fathul memang
salah dalam hidupnya sebab banyak perempuan..tapi dia tak pernah permainkan
hati perempuan..Perempuan itu yang tinggalkan nya..bukan dia tinggalkan
perempuan..Macam kes Syila ni pun sama…Syila yang tinggal kan Fathul ..Salah
Syila sebab tak beritahu Fathul….
“Tretttttt…tretttttt…” Lamunan ku tersentak. Aku
mengambil handphone ku di atas meja.. ‘Yisri Iskandar’ tertera nama pemanggil
di skrin handphone ku.
“Hye ..tak tidur lagi ke? Esok pagi dah nak gerak awal..
Yis datang jemput pukul 6.30pagi okey.. semua dah habis kemas ke?” Kedengaran
suara Yisri yang macam bapak-bapak berpesan kat anak-anak.
“Belum..tengah baring je ni..Dah settle semua..Terima
kasih Yis sebab jaga Suffy baik selama ini.Yis tak nak balik Malaysia sekali
ke?” Aku tahu Yisri masih harapkan aku..Aku tahu Yisri tak rela untuk melepas
kan aku.Tapi aku tak mungkin kembali padanya sebagai kekasih…cukup lah cerita
itu mati di situ sahaja.Tapi kenapa aku tak boleh mencintai Yisri seperti mana
Fathul.Setahu aku cerita mereka sama sahaja..Kenapa aku masih mahu kan
Fathul..kenapa tidak Yisri..sedangkan Yisri juga menunggu aku..Fathul belum
tentu entah dia dah berkahwin dengan si Syila tu siapa tahu…. Aku serahkan pada
Allah.. tapi gerak hati aku kuat mengatakan Fathul derita kini..aku kena hapus
kan derita Fathul.
“Nanti kalau Yis cuti Yis balik jumpa Suffy kat sana
okey.”
“Baik lah..esok pagi dah sampai messege Suffy okey..Suffy nak tidur dulu..takut tak terjaga pula
nanti terlepas flight ..rugi je duit
Yis belanja Suffy tiket flight..sekali
lagi Thanks Yis….i love u Yis..”
Sempat lagi aku menyakat Yisri…
Yisri Iskandar memutus kan talian dengan senyuman tawar..
‘I love u too sayang’ dia tahu Suffy
sekadar bergurau…..Suffy ..Yis semakin rasa kehilangan Suffy…. Yisri Iskandar
memutar kan lagu nyanyian dari Firman- Kehilangan….
Ku coba ungkap
tabir ini….
kisah antara kau
dan aku…
terpisah kan oleh
ruang dan waktu..
mengundurkan mu
meninggalkan ku..
ku merasakan telah
kehilangan..
cintamu yang telah
lama hilang..
kau pergi jauh
kerana salah ku yang tak pernah mengganggap kamu ada.
asmara memisahkan
kita mengingat kan ku pada dirimu..
gelora mengingat
kan ku..
bahwa cintamu telah
merasuk jantung ku…
sejujurnya ku tak
bisa hidup tanpa ada kamu aku gila…
seandainya kamu
bisa mengulang kembali lagi cinta kita….
takkan ku
sia-siakan kamu lagi……..
Ya!! Suffy andai aku di beri kesempatan lagi takkan ku
sia-siakan kau lagi..Tapi aku tahu itu hanya sekadar harapan yang tak mungkin
jadi kenyataan… Yisri Iskandar menyeka butir manik jernih yang membirai di
mata.
‘Yis akan lakukan apa saja Suffy..asalkan Suffy kembali
bahagia walau bukan dengan Yis.’ Yisri Iskandar terlena di buai pilu dan sejuta
kekesalan… melepas kan Suffy Nafisa suatu masa dahulu cukup menghancurkan
segala impian dan bahagia..
BAB 7
Alhamdulillah…akhirnya aku sampai juga di tanah tumpah
darah ku..Kata orang Hujan Emas di negeri orang Hujan Batu di negeri
sendiri…lagi baik hujan batu walau sakit tapi tetap berharga..
“Assalammualaikum…Ummi..apa habaq?” Dah lama aku tak
dengar suara wanita yang ku panggil Ummi itu..aku rindukan Ummi ku dan
adik-adik aku.
“Waalaikummusalam…sapa ni? Umi habaq baik?” Ummi masih
sama tak berubah ..
“Suffy la ummi..Ummi lupa dah ka anak Ummi ni?” Aku
ketawa kecil…
“Suffyy……” Aku dengar ummi separuh terjerit memanggil
nama aku..
“Anak Umi yang lupa Umi..hilang lagu tu ja..tak dak habaq
berita..sedih sungguh umi..ingat anak umi dah lupa kan umi..Ceq pi mana lama
hilang? Tak kesian kat Umi ka? Aku dengar ada sayu dalam nada suara Ummi…
“Suffy minta maaf banyak-banyak Ummi..Suffy terpaksa buat
macam tu semua..Suffy 3 tahun stay kat Aussie
Ummi…ni baru Suffy sampai Malaysia..tu yang Suffy try call Ummi..naseb Ummi tak
tukar nombor lagi..Kalau dak tak tau lah mana Suffy nak cekau no tel Ummi…Ummi,
Suffy rindu Ummi laaa..” Aku dah pun menangis..memang Ummi pengganti arwah
ibuku..pada Ummi lah tempat ku mengadu segala.
“Dah tu tak reti-reti balik mai jumpa Ummi ka? Balik lah
Ummi rindu Suffy ..adik pun rindu ..kak long pun..semua tercari-cari mana lah
Suffy hilang..Alhamdulillah lega hati umi Suffy masih ada dan sihat..balik mai
naaaa..” Loghat Utara yang pekat tu lah menjadi kerinduan aku..Keletah Ummi yang
asyik bawa aku pergi makan je kalau balik rumah nya..
“In sha allah umi esok petang Suffy sampai..Umi jemput
Suffy kat Shahab Perdana naaa..”
“Sungguh ka ni?? Ya Allah doa Umi dah makbul..Anak Umi
dah balik..esok apa-apa telefon umi tau..jangan tak jadi balik pulak..Umi nak
masak sedap untuk Suffy.” Ummi terjerit gembira campur terkejut dengan berita
yang aku sampaikan….
“In sha allah Umi…kim salam kat abah dan semua na…esok
kita berjimba okey .” Selepas beri salam aku tersenyum sendiri…
Aku mengemas beg baju untuk di bawa pulang esok dan
sedikit cenderahati buat umi ,abah dan adik-adik tak lupa juga kawan-kawan.
Nasib baik ada Yisri dia yang uruskan tempat tinggal aku di Kuala Lumpur ni.
Katanya kondominium ni dia yang punya. Bapak dia hadiah kan padanya dan kosong
tak berpenghuni. Dia menyuruh aku
tinggal di situ sementara aku dapat tempat lain. Kata Yisri kalau dia
nak tinggal terus di situ pun boleh. Aku tak nak lah terhutang budi banyak
sangat dengan Yisri. Takut lain cerita pulak di belakang hari.
Baju semua dah aku kemas..Esok pagi aku akan ke Pudu Raya
untuk dapat kan bas ke Alor Setar. Kisah Fathul biar kan dulu. Nanti aku akan
cuba cari .Bukan susah nak cari pun zaman sekarang ni. Buka je Facebook in sha
allah jumpa lah… Aku rasa dia mungkin masih main di club-club di Malaysia ni..
dia bukan boleh berpisah dengan gitar nya pun….
“Bagi tiket ke Alor Setar untuk seorang.” Aku
mengeluarkan duit dari dompet untuk membayar. Tiba-tiba aku dengar suara yang
semacam aku nak kenal …
“Saya pun nak ke Alor Setar ..bagi untuk seorang..” Aku
menoleh kea rah lelaki yang berdiri di sebelah aku. ‘Haikal’ …
“Suffy..” Haikal separuh menjerit bila melihat aku…
“Haikal…apa khabar?” aku menghulur tangan bersalaman
dengan Haikal.
“Baik Suffy…wa macam ni la..Duda Blues Rock..” Aku ketawa
kecil…
“Masih solo ea?” Haikal mendepa kan tangan nya.
“Tanya kita …lu tu anak dah berapa?” Aku ketawa sambil
melabuh kan punggung di sebelah Haikal..
“Anak cacing je bercambah dalam perut ni
Haikal..ahahahhaa.” Aku menyakat lagi sambil ketawa.
“Lu ni Suffy dari dulu wa kenal sampai sekarang macam
takde perubahan je kan? Mana lu hilang Suffy?” Aku diam…aku tahu bukan Haikal
saja yang menuntut jawapan tu..ramai lagi yang menuntut jawapan tu. Bagus juga
aku jumpa Haikal sedikit sebanyak aku boleh tahu juga status Fathul.. Haikal
kawan baik Fathul mesti dia tahu punya la…
“Panjang cerita nya Haikal..nak short cut pun tak tahu macam mana Haikal.” Haikal merengus kecil.
“Suffy..sampai hati lu tinggal Fathul..Fathul derita
Suffy.” Aku menoleh merenung wajah Haikal.
Haikal..aku pun derita sangat Haikal… Hanya Allah yang
tahu betapa aku derita tanpa Fathul.
“Aku fikir Fathul dah bahagia….” Bas yang kami naiki
sudah pun bergerak perlahan meninggalkan stesen Pudu Raya…
“Gila…bahagia apa? Dah macam orang gila aku
tengok..kejap-kejap menangis..kejap-kejap meraung panggil nama lu..itu ke lu
panggil bahagia?” Aku melemparkan pandangan keluar tingkap. Betul kah apa yang
aku dengar ini. Ke si Haikal ni saja je….
“Haikal ..sekarang Fathul macam mana?”
“Sekarang dah okey lah sikit dari dulu..masa lu mula-mula tinggal dia… sekarang dia pun dah
mula main club balik.. setahun lebih juga lah dia lost..Tapi macam biasa lah dia mana ada lepak dengan kami semua
dah.Wa kalau nak jumpa dia pun wa pergi rumah dia. Kalau takde job dia stay kat
rumah je.” Haikal cerita dengan penuh kesungguhan.
“Fathul tak kahwin lagi ke Haikal?” Aku mengorek
maklumat.
“Dengan siapa?” Haikal sedikit keras dalam soalan nya..
“Mana lah tahu…”
“Macam mana lah dia nak kahwin Suffy kalau setiap masa
nama lu yang dia sebut… kalau setiap hari lu je yang dia ingat.. Semua
perempuan yang wa kenal kan suggest kan
semua dia tolak..termasuk perempuan calon emak nya tau…Kesian wa tengok dia
Suffy ..wa tak sangka lu kejam sangat Suffy.” Sebak hati ku dengar cerita
Haikal.. Ya Allah dia masih setia mencintai aku..Ya Allah keputusan bodoh apa
kah yang dah aku lakukan.
“Haikal..aku harap kau rahsiakan pertemuan kita ini.”
“Sampai bila lu nak siksa Fathul macam tu Suffy..? Wa tau
lu pun masih sayang dan cintakan dia..sebab tu sampai sekarang lu still single
kan?” Haikal cuba menjerat aku dengan soalan.
“Aku tak tahu macam mana nak terang kan pada kau Haikal
kenapa aku tinggalkan Fathul.Mungkin juga itu keputusan paling bodoh yang
pernah aku buat. Pengorbanan yang entah apa-apa dan sia-sia. 3 tahun aku buang
macam tu je Haikal. Tapi percaya lah aku tak pernah gantikan Fathul dengan sesiapa.Aku
pergi pun kerna demi kebahagiaan Fathul. Aku tak sangka pula bahagia yang aku
harapkan buat Fathul tapi macam ni yang jadi.” Haikal mengelengkan kepalanya.
Dia sangat tidak faham konflik yang melanda benak Suffy Nafisa. Suffy Nafisa
sahaja yang ada semua jawapan untuk meleraikan semua konflik yang melanda.
“Suffy belum terlambat lagi untuk lu balik dengan
Fathul.Wa percaya Fathul tak dendam lu..Wa percaya Fathul cintakan lu dan masih
harap lu kembali.Wa akan bantu mana yang mampu.”
“Thank You Haikal.”
Dah seminggu berlalu ..pertemuan tanpa sengaja aku dengan
Haikal kawan baik Fathul.Aku harap Haikal merahsia kan pertemuan itu. Seminggu
aku di Alor Setar buat aku gembira seolah tiada apa yang pernah terjadi dan aku
alami. Ummi masih macam dulu tak pernah berubah. Seminggu di rumah Ummi aku dah
rasa kan yang berat badan ku bertambah. Ya..aku perlu naik kan Kilogram aku
sebelum berjumpa Fathul.Fathul tak suka sangat kalau aku kurus. 3 tahun berada
di perantauan cukup buat badan aku yang dulu macam beruang panda menjadi solid
kurus macam lidi. Mana tak nya makanan kegemaran aku semua takde.Aku bukan lah western food punya selera tekak. Tapi
nak tak nak baham jugak la… 3 tahun tanggung azab derita menahan nafsu makan..Ni
dah seminggu kat sini..macam-macam aku belasah. Nasi kandar penang mai la… nasi
lemak ayam la..burger pusing la…macam-macam kedai makan Ummi heret aku pegi
melantak.Aku betul-betul gembira.Lupa kejap kisah sedih yang tersimpan.
BAB 8
Suasana Club
Solaris hinggar binggar dengan manusia.Aku masuk dan duduk di satu sudut
yang agak tersorok dan agak jauh dari stage.
Jam di tangan dah pun menunjuk kan pukul 10.00 malam. Sebentar lagi band group
akan perform.Aku mencari susuk tubuh
seseorang yang amat ku rindukan.Yang sentiasa ada dalam fikiran ku. Yang
sentiasa aku mimpikan dalam lena ku. Tetiba dada ku rasa berdebar. Mampu kah
aku berhadapan…..Ya Allah aku tak mampu …aku berlari menuju ke kereta…aku masuk
ke dalam kereta… aku menarik nafas…aku menyandar kepala ku ke kerusi aku on
suis radio….
Aku mecintaimu
bagaikan langit memeluk bintang…
Aku lukiskan cinta
di hati tak terbatas lagi…
Cinta yang dulu
bersemi kini menjadi masa lalu ku..
Hati ku hancur
tiada berkeping bagaikan segelintir debu..
Kepergian mu tanpa
alasan yang pasti kau buat hatiku kini lemah tak berdaya..
Semakin hancur
hatiku ini tanpa mu ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega…….
Patut lagu ni lirik nya di tuju kan pada aku.. Aku yang
pergi tanpa alasan….Tanpa sedar airmata aku menitis. Macam mana kalau Fathul
marah kan aku. Maki hamun aku.. Macam mana Fathul tak maafkan aku? Berbagai
persoalan melanda. Aku kena cuba..aku kena hadap semua ini betul tak??
“tettt..tett..” Sms masuk ..aku klik open inbox messege. Messege dari Haikal.
Haikal: Macam mana lu dah jumpa Fathul ke?
Aku : Belom..tadi aku masuk club..tapi aku tak cukup kuat
nak tengok muka dia lah Haikal. Then aku
keluar club.
Haikal: Bonggok lu ni… lu nak tunggu sampai bila? Sampai
Fathul mati bunuh diri sebab lu?
Aku : Tak da lah sampai macam tu. Kalau dia nak bunuh
diri 3 tahun lepas lagi dia dah mati okey. Aku tau Fathul takkan buat benda
bodoh macam tu.
Haikal: Habis lu nak tunggu sampai dia buat ke? Wa tak
kira apa pun alasan lu ..wa nak lu pergi jumpa dia sekarang jugak.Kalau tak wa
sendiri akan heret Fathul jumpa lu.
Aku: Ye la..Ye la..Aku pergi sekarang. Aku takut kalau
dia marah aku.
Haikal: Nasib lah lu yang start game kan? So lu kena habis kan lah? DIa terima ke tak
belakang kira janji lu try okey.
Aku: Thank buddy…Den
torai…
Aku simpan
handphone dalam handbag …Aku tengok muka ku di cermin ..adoii dah selebeh dah
ni.. pergi jiwang plak tadi layan perasaan ..Apa daaa… Arghhh!! Suffy jumpa je
la..dia terima ke tak punya pasal.Kalau dia dah ada yang lain apa boleh buat anggap
je lah takde jodoh ye dak? Nak wat camne benda dah nak jadi……. Dah lama lepas
pun… Aku menarik nafas dalam ….
Aku masuk semula ke dalam Club… aku tengok manusia dah
sesak di dalam nya. Maklum lah hari sabtu malam minggu ramai yang mengambil
masa ini untuk berhibur ria dengan teman-teman. Tapi itu bukan lah subject
utama aku. Aku kembali duduk di meja tempat aku duduk tadi. Aku menoleh sebelah
kanan aku..Ya Allah itu dia… Fathul Rahman lelaki yang aku rindu selama ini…
aku mengigil menahan pilu sayu di hati. Apahal lak pula nak sedih ni..
‘B..sayang rindu b…rindu b ketat-ketat.’ Aku bermonolog
dengan diri sendiri. Tanpa sedar aku menangis. Tak banyak berubah lelaki itu.
Masih berambut panjang aras bahu. Cuma sedikit cengkung wajahnya. Mungkin tak
cukup tidur. Tapi memang dari dulu dia tak pernah tidur sempurna. Ye lah balik
kerja pun dah subuh hari. Tidur pada waktu siang. Aku menunduk kan wajah. Aku
tak nak Fathul tahu aku ada di situ. Aku nak bagi kejutan padanya.. Haishhh!!
Apa selama ni tak cukup lagi ke kejutan yang aku bagi pada Fathul?
Aiyaaaaa…………..
Set kedua dah bermula… Tiba-tiba syahdu gitar solo Fathul
memainkan lagu She’s Gone.. Aku
semakin sebak bila Fathul yang menyanyikan lagu itu…. Seolah dia menyampaikan
semua rasa nya dalam lagu tu… Dia seakan merayu aku untuk kembali.. Dia seakan
tahu aku pergi kerana salah dia….Aku dapat rasakan penderitaan yang Fathul
tanggung selama ini……
‘Fathul …aku tak pernah lupakan mu…aku tak pernah
berhenti mencintai kamu.’
All my dreams a
lost I’m wasting away…
Forgive me girl….
Ladyyyyy…….oh
ladyyyyy…….
Shes gone out of my
life…
I really miss dats girls my love…
come back into my
arms ..
i so alone.
i begging you ..
im down my knees
forgive me……..
Aku dengar nyanyian Fathul sangat asyik..ada nada pilu di
situ.Aku tahu dia sangat memaksudkan makna lagu tu… Aku tetiba menguatkan diri
berjalan menghampiri stage tepi dekat dengan Fathul….. Ya Allah kuat kan
aku.Jangan lah aku pengsan kat depan ni….. aku berdiri betul-betul depan
Fathul…. Aku berdiri tegak macam patung…..Fathul terkejut tiba-tiba Fathul
berhenti menyanyi..Fathul mencampak kan gitar nya. Fathul lari menuju kearah
aku. Entah bila Fathul memeluk aku pun aku tak pasti. Yang aku dengar dia
mengongoi menangis. Semua orang dalam club tu terpana seketika… Fathul dah
teresak menangis di bahu aku sambil memeluk erat aku. Aku pula tak tahu macam
mana nak describe perasaan aku waktu
tu sama ada nak menangis..meraung..gembira..atau malu……Yang aku dengar Fathul
minta aku jangan tinggal kan dia lagi…….
Aku pandang muka Fathul yang dah basah kuyup dengan
airmata. Ya Allah lelaki ini sangat mencintai aku dan sayangi aku rupanya. 3
tahun tak cukup untuk dia lupakan aku.
“B…muka b buruknya nangis.. meh sini sayang lap airmata
b..” Aku keluarkan tisu sambil lap airmata di muka Fathul. Orang lain masih
lagi bertanya kan apa yang dah terjadi. Aku pandang penyanyi perempuan band
Fathul mengesat airmata. Aku pasti mereka sedia maklum tentang kisah Fathul
dengan aku.
“Sayang jangan tinggal b lagi…sayang b derita ..please
sayang ..b rayu.” Aku senyum pada Fathul sambil menggangguk.
“Tapi b kena habiskan job b hari ni dulu okey…sayang
tunggu b kat sini..” Fathul masih memegang tangan aku erat..
“Sayang janji….?” Aku angguk kan kepala……tanda janji…
Fathul naik semula ke atas pentas dengan wajah yang lebih
bersemangat.Wajah yang sedikit ceria.Aku Nampak Fathul berbisik dengan
rakan-rakan nya di atas pentas.
“Lagu ini saya dedikasi kan khas buat seseorang yang amat
saya cintai dan saya sayangi…yang tak pernah sesaat pun hilang di ingatan
saya..terima kasih pada Tuhan sebab kembali kan dia pada saya setelah 3 tahun
saya kehilangan nya… Suffy Nafisa lagu ini untukmu sayang.. Jangan hilang lagi
sayang..kehilangan mu teramat berat buat ku..” Riuh dengan tepuk sorak
pengunjung dalam club..tetibe lampu sportlight menyuluh kearah ku… rasa kebas
muka…Fathul memetik lagu kami berdua…
I don’t want miss a
thing – aerosmith … Aku masih ingat lagi lagu tu..petikan dari filem
Armagedon…. Semua orang bersorak riang…..
Aku check handphone aku…. Buka inbox messege…
Haikal: Macam mana?
Aku: Everything
should be okey and done..
Haikal: Good
Girl..have a nice day and happy enjoy..
Aku: Thanks lot
buddy ….
Aku tengok ada lagi satu messege masuk…..
Yisri Iskandar :
Hye there! Whats up?
Aku : Hye dude…
okey…
Yisri Iskandar: So
how? Dah jumpa Fathul?
Aku : Tengah
jumpa..so dramatic u know?
Yisri Iskandar:
Really ??
Aku: Yess.. u are
right Mr Yisri.. he is mine…
Yisri Iskandar :
See … he still love u and waiting u…
Aku: yeap …. Glad
he still love me….
Yisri Iskandar :
Should you settle everything ..and don’t waste time anymore..get married with
him dear..
Aku: Merepek
lah…baru permulaan okey belum berakhir lagi semua persoalan….
Yisri Iskandar :
hahahahaha…okey okey …everything let me know okey ….
Aku: Yess Dad
…hahahahahhahhaa
Yisri ISkandar :
how dare you call me dad… notty ..
Aku :
hahahhahahaha….. (devil icon)