CINTAKU TERSURAT DI MUKA BUKU - BAB 9
BAB 9
“3 tahun sayang…3 tahun sayang u pergi tinggal kan I
tanpa alasan.” Fathul mengeluh sambil memandang aku.Aku kaku tanpa kata.Apa
yang perlu aku kata kan padanya.
“I ingat u dah kahwin.” Aku cuba mengubah topic bicara.
“Kahwin? Dengan siapa? U gila ke ingat macam tu semua.”
Fathul sedikit meninggi kan suara nya.
“Dengan …ermmm…ermm…” Aku bungkam seketika.
“Dengan siapa? Syila?” Aku sedikit terkejut dan
menggangguk.
“Sepatutnya u bincang dengan I Suffy bukan melulu buat
keputusan.I dah tahu yang Syila jumpa u. Syila dah cerita kan semuanya.Dia
datang jumpa I minggu lepas.Sekarang baru I tahu kenapa u tinggal kan I macam
tu saja. I mengaku I silap dalam percaturan hidup I Suffy. I menyesal dengan
kisah lampau i.I terlalu mengikut nafsu.I hidup tanpa arah panduan Islam dalam
hidup i.Tapi selepas I kenal u I mula berubah. I memang nak hidup bersama
dengan u Suffy. Tapi u tinggal kan I tanpa mahu tahu kisah sebenar. U
sepatutnya percaya kan I Suffy bukan orang lain. I kesal dengan sikap u Suffy.
U sendiri tahu bertapa I sayang kan u.” Fathul mengeluh kecewa.Dia meluah kan
rasa kecewa nya pada aku. Aku kah yang bersalah dalam hal ini? Aku keliru dan
buntu.
“Letak diri u di tempat I Fathul. U akan dapat jawapan
itu.” Aku tak nak mengalah.
“I tahu Suffy .Sebab tu lah I masih tunggu u. Sebab tu
lah I masih bertahan. I tahu u pergi tinggal kan I sebab kesilapan I
sendiri.Cuma I nak dapatkan kepastian yang sebenarnya. I kesal sangat Suffy u
hukum I tanpa sebab.” Fathul bangun sambil menarik tangan aku. Aku sedikit
kaget. Kemana Fathul nak bawa aku?? Kepala ku bermain berjuta persoalan. Di
dalam kereta aku hanya diam seribu bahasa. Aku mati kata. Putus bicara…Aku
hanya melayan perasaan sambil mendengar lagu-lagu yang di putarkan di corong
radio….
Terima lah aku apa
ada nya yang ingin membuat mu bahagia..
Maafkan bila ku tak
sempurna sesempurna cintaku padamu…
Ini juga aku apa
adanya yang ingin selalu di samping mu..
Ku tahu semua tiada
yang sempurna di bawah kolong langit ini..
Jalan kita masih
panjang ku ingin kau selalu di sini..
Biar cinta kita
tumbuh harum mewangi dan dunia menjadi saksinya..
Untuk apa kita
membuang waktu dengan kata-kata perpisahan..
Demi cinta kita aku
akan menjaga cinta kita yang telah kita bina…
Walau hari terus
berganti hari lagi cinta kita abadi selamanya…
“Best lirik lagu ni kan b?” Aku menoleh kepada Fathul
yang kusyuk dengan pemanduan nya. Baru aku ingat Fathul memang sukar nak faham
tentang bait-bait lagu. Kadang macam buang masa tuju lagu pada dia.Mungkin dia
seorang pemuzik jadi beribu lagu dia main kan sampai dia tak faham maksud
sesebuah lagu yang di sampaikan.
“Terasa macam kena batang hidung sendiri kan?” Aku
tersengeh memandang Fathul. Eh! Dah faham bahasa lagu rupanya. Ingat tak faham.
“B… kita nak pergi mana ni?” Jalan raya mulai sesak. Aku
pandang jam di dashboard sudah
menunjuk kan pukul 4 petang. Time orang balik kerja ni. Ini lah bandaraya Kuala
Lumpur yang tak pernah mati. Tak kisah lah pukul berapa pun ada saja penghuni.
“Jumpa seseorang yang penting.” Fathul menjawab
bersahaja.
“Girlfriend b
ke?” Aku tersenyum sinis.
“Auwwwww.” Aku mengaduh. Fathul menarik rambut aku.
“Mulut kalau tak cakap macam tu tak boleh ke? Dari dulu
sampai sekarang sama je.” Nada suara Fathul sedikit keras.
“Dah orang yang sama mesti lah semua pun sama.Kenapa b
nak I jadi orang lain ke?” Aku menjeling Fathul.
“Tak nak lah. I rindu kan Suffy I yang dulu. I tak nak
Suffy I berubah satu pun.”
“Dah tu kenapa b nak cakap lagi yang perangai I
..kata-kata I sama je macam dulu.” Fathul memegang tangan aku.
“Sayang..b rindu sangat sayang. Siang malam b berdoa agar
b dapat jumpa sayang lagi.B takut b mati sebelum sempat jumpa sayang.Sayang
ingat b tak?” Fathul mencium tangan ku berulang kali.
“Langsung tak… I langsung tak ingat u b….” Fathul
tiba-tiba melepaskan tangan ku. Aku memalingkan muka ke lain sambil ketawa
kecil. Yesss….!! Fathul masih sama seperti dulu tak pernah berubah. Otak dia
masih tak seiring dengan perlakuan nya .. Masih malas saraf medulla
oblongata dia berfungsi dengan baik.
“Ye lah..orang tak ingat kita sebab tu tak pernah balik
nak cari kita. I sedar diri I siapa.” Fathul sedikit sayu.
“Sedar pun diri u tu sapa.” Aku masih tidak puas lagi
menyakat Fathul. Lelaki yang selalu buat aku ketawa dan sukar buat aku
menangis. Seingat aku ..aku tak pernah menangis sebab kecewa dengan Fathul.
Dulu macam mana bertengkar pun bergaduh sekali pun aku jarang menitis kan
airmata. Selalunya Fathul yang akan memujuk aku ..Fathul yang akan menangis
bila keadaan semakin tegang dan runcing. Aku jangan harap lah nak menangis atau
pujuk Fathul. Seingat aku tidak sekali pun aku pernah memujuk Fathul mungkin sebab
itu aku naik lemak. Aku yang selalu membuli Fathul. Tapi aku akan menangis bila
aku rindu kan Fathul. Bila aku sangat rindu kan nya.Aku tahu aku memang bertuah
memiliki Fathul. Aku tidak faham kenapa Fathul selalu di tinggalkan kekasih.
Bagi aku Fathul lelaki yang baik. Mungkin sebab kerjaya Fathul. Tidak semua
perempuan boleh terima cara hidup dan kerjaya seperti Fathul. Lagi pun Fathul
selalu travel sana sini.Dulu Fathul tak punya apa-apa. Aku masih ingat lagi first date aku dengan nya. Aku datang ke
tempatnya untuk bertemu dengan nya sebab dia sendiri masa tu tak ada transport
. Kali kedua kami Cuma menaiki komuter dan LRT sahaja…dan seterusnya kami
kemana pun mengguna kan pengangkutan awam. Bagi aku semua itu tak penting. Yang
penting Fathul sayang kan aku. Ambil berat tentang aku. Itu saja. Tapi sekarang
nampaknya Fathul dah semakin maju dalam hidupnya.
“Betul ke u tak sayang kan i?” Fathul menuntut jawapan
yang tergantung.
“B.. masa kat Club Solaris haritu siapa yang datang cari
u dulu?”
“U lah sayang.”
“Then?? Now
siapa yang lupa siapa? I ke u ..b ?” Fathul tersengeh memandang aku.
“I tau u sayangkan I kan?”
“Dah tahu kenapa nak tanya lagi soalan bukan-bukan? Ye
lah u mesti gian kan b ..sebab dah 3 tahun tak ada orang nak gaduh dengan u
kan?” Aku menampar lengan Fathul.
Fathul mengaduh kecil. Yesss!! Ini lah saat yang dia amat
rindu kan. Usikan dari Suffy Nafisa. Rajuk dari Suffy Nafisa. Kenakalan Suffy
Nafisa yang ada je point nak kenakan
dia. Ya Allah jangan lah kau pisah kan kami lagi Ya Allah..Cukup lah derita aku
kehilangan nya dulu.
“Lepas dah settle semua
ni ..I nak u jumpa mama dan kita nikah.” Fathul kembali serius dengan
kata-katanya.
“Mama..?” Fathul mengangguk.
“Kenapa ? u tak suka jumpa mama ke?” Aku diam seribu
bahasa. Dapat kah mama Fathul menerima aku lagi setelah apa yang terjadi. Mesti
mama Fathul akan tentang habis –habisan. Kalau aku jadi mama Fathul pun mungkin
aku akan lakukan benda yang sama.
“U takut mama tak terima u kan? Jangan risau I akan
terang kan semuanya.” Aku merenung wajah Fathul.Aku tahu Fathul tak akan lepas
kan aku lagi kali ni.
“Tak terdesak ke b?” Aku cuba melarikan diri ..
“Terdesak apa nya? U tak puas lari lagi dari I ke Suffy?
Kali ni berapa tahun lagi u nak lari? Sudah lah Suffy I dah cukup sengsara..i
dah puas menangis dan bersedih. Jangan siksa I lagi Suffy. Tak cukup ke 3 tahun
u kat Aussie tu haaa?? Atau u sedih
tak nak tinggalkan Yisri Iskandar?” Aku terkejut… mana dia tahu? Sah mesti dia
dah checking handphone aku.
“Cepat nya u buat siasatan b?” Fathul mendepang kan
tangan nya…
“Well… bila kita sayang kan?” Fathul dah pun
memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Apa saja lah petang-petang
macam ni pergi ke MidValley dah macam tak ada tempat lain nak pergi.
“Jom sayang kita dah sampai.” Aku membuka pintu kereta
dan hanya mengikut je langkah kaki Fathul menuju ke The Garden. Aku melihat
Fathul sibuk ber ‘sms’ dengan somebody.
Aku kenal perempuan yang ada di depan aku ini. Kerana
perempuan ini lah aku jadi pelarian selama 3 tahun.Pelarian dalam cinta aku.
Pengorbanan bodoh yang aku lakukan hasilnya adalah sakit jiwa.
“Suffy Nafisa ..bertemu lagi kita.” Syila menghulurkan
salam ….Aku menyambut baik salam. Permainan apa yang cuba Fathul dan Syila
mainkan? Dorang ni nak balas dendam kat aku ke? Aku bermonolog dan bermain teka
teki sendirian.
“Saya tak nak buang masa ..boleh terang kan kenapa kita
bertiga mesti berjumpa.” Aku letih berteka teki. Jalan cerita lembab sangat.
Panas pula rasa hati.
“Saya nak minta maaf pada awak Suffy. Saya salah sebab
kan awak dengan Fathul berpisah dulu. Sebenarnya saya cemburu melihat layanan
Fathul pada awak. Saya sayang kan Fathul malah saya juga lama bersama dengan
Fathul tapi saya tak dapat apa yang awak dapat bila bersama Fathul. Saya fikir
saya hebat dan tak kan ada wanita lain yang mampu buat macam mana saya buat
pada Fathul.Saya tak pernah kandung kan anak Fathul.Memang kami pernah
terlanjur tapi saya tak pernah mengandung.” Panjang lebar penerangan Syila. Aku
dah mengetap bibir tanda geram amat sangat. Kenapa mesti buat macam tu saat aku
bahagia. Kenapa manusia perlu ada sikap iri hati.
“Habis budak yang awak bawak dulu tu anak siapa?” Aku
masih tak berpuas hati . Mungkin ini konspirasi Fathul dengan Syila siapa tahu.
Sabar lah wahai hati…
“Tu anak kakak saya. Saya pinjam sekejap.Saya ingat bila
awak dah putus dengan Fathul saya akan dapat semula Fathul.Rupanya saya silap
….Fathul memang tulus ikhlas sayang kan awak.Dalam hati dia Cuma ada awak. Saya
memang tak pernah ada dalam hati Fathul.Saya minta maaf sangat-sangat pada awak
Suffy. Saya harap awak dapat terima Fathul semula.Dia tak boleh hidup tanpa
awak.” Syila mengeluh kekesalan.Dia menyesal dengan apa yang sudah
terjadi.Fathul Cuma menjadi seorang pendengar.
“Mudah je kan awak say sorry…awak tahu apa yang dah saya
tanggung selama 3 tahun ni? Awak tahu penderitaan kami berdua bila terpaksa
berpisah dengan cerita bodoh awak ni. Saya pergi jauh tinggalkan Fathul semata
kerana pengorbanan bodoh dan sia-sia.Sekarang mudah awak ucap maaf?? Kata lah
saya mati atau kahwin dengan orang lain sebab nak awak bahagia dgn Fathul
kononnya macam mana? Mesti awak akan cakap dah tak ada jodoh betul tak?” Keras
nada bicara aku. Sabar aku seakan melayang. Kenapa manusia tergamak lakukan
semua ini? Menghancurkan hidup dan kebahagiaan orang lain demi diri sendiri dan
teori bodoh sendiri.
“Saya minta maaf sangat-sangat Suffy.” Aku bangun dari
tempat duduk… airmata merembes keluar membasahi pipi. Hati aku sakit sangat-sangat.
“Maaf ..saya tak mampu nak memaafkan awak.Saya bukan nabi
atau rasul.” Aku berlari meninggalkan Fathul dan Syila. Aku tak mahu menoleh ke
belakang lagi. Hati aku kecewa…aku sedih..aku sebal..aku rasa sakit sangat. 3
tahun aku buang masa begitu saja. Saban hari menangisi rindu aku pada Fathul.
Aku pergi jauh kerana benda bodoh yang sengaja di reka oleh manusia yang
mementingkan diri dan nafsu sendiri.Aku dengar sayup suara Fathul memanggil
aku. Aku tak perdulikan semua itu… Aku benci…aku benci dengan semua ini….. aku
lenyap di dalam lif.Aku langsung tak ingat akan Fathul. Aku Cuma nak balik
rumah itu saja yang aku fikirkan. Handphone ku berdering berpuluh kali. Aku
tahu Fathul yang menghubungi aku…..Aku ‘silent
mode’ kan handphone aku. Aku malas peduli kan semua itu lagi. Aku rasa
sakit yang teramat sangat…..
Jam di dinding sudah menunjuk kan pukul 10.00 malam. Aku
dah pun membersihkan badan.Lega rasanya bila dapat berendam dalam tab
mandi.Hilang stress bila dapat berendam dengan ‘lavender oil’ aroma terapi.
Ya…aku memerlukan banyak terapi ketika ini. Aku mengambil handphone ku di dalam
handbag.. Wah..!! 105 misscall
..hebat Fathul…hehehehe..aku tersenyum… ada 10 messege yang belum di baca. Biar
lah aku belum ada ‘mood’ untuk membaca lagi. Aku tahu mesti semua messege dari
Fathul.. Selain messege dia risau…dia tak nak aku tinggal dia..dia sedih itu je
lah…..
Aku tahu Fathul tak bersalah dalam hal ini. Aku geram
dengan Syila. Aku tahu Fathul tak sepatutnya menjadi mangsa. Tapi aku
betul-betul sakit hati.Aku sendiri tak tahu kenapa Fathul yang menjadi
mangsa.Aku juga sedia maklum adalah sangat tidak adil perlakukan Fathul begitu.
Aku sendiri pun buntu dengan perasaan aku. Maaf kan aku Fathul ….maafkan aku
sekali lagi……Akhirnya aku terbuai lena dengan mimpi yang tiada kesudahan……