DIARI HATI KU




28/5/2013 ....

seharian aku mengalir air mata...aku sedih bila kenangkan balik bait-bait ayat yang dia cakap.....aku tahu aku bukan yang baik dan terbaik...
Aku tahu aku beban pada nya....aku tahu aku loser..LOSER.....
aku tahu dengan cinta dan kasih sayang tak cukup untuk buat seseorang itu bahagia.... hati aku pilu ..hati aku pedih...aku kecewa aku sedih...
aku ingat balik story dia dengan ex-gf dia..semua hebat-hebat berlaka..aku rasa tercalar..aku rasa semakin pedih....YA Allah ...
bantu lah aku...berikan aku ketenangan ..berikan aku kekuatan..berikan aku ketabahan untuk tempuh jutaan rasa perasaan ini...
aku rasa hancur sangat-sangat hati aku....aku sayang kan dia..susah sangat kah dia nak faham tentang perasaan aku?? pilu..sepilunya....
aku sedar bila kita tak punya apa-apa semua dan apa saja kita lakukan semua nya sampah....dia menengking aku dia cakap aku paksa dia...
aku paksa?? apa yang aku paksa?? aku cuma sekadar mencadang kan sesuatu yang terbaik untuk kami salah kah?? aku tahu aku bergantung harap padanya...
apa lagi dan pada siapa lagi yang mampu ku harapkan?
kenapa dia tak mampu fahami secara dewasa.....aku off hp...aku hanya nak mencari ruang dalam hati ku...paling aku sedih dia bagi aku kata dua untuk buat
keputusan ..dia seolah mahu aku pergi darinya ..dia seolah menyatakan yang aku dah susahkan dirinya....
aku sedih....aku sedih sangat-sangat...kenapa saat aku dah mula sayang dan cinta kan nya..kenapa saat ini hadir juga....aku ingat
dia bisa menjadi pengganti arwah 'E' tapi sekali lagi aku rasa hampa dan kecewa...

malam ni hujan...dingin suasana...beberapa kali terjaga...aku lihat jam di dinding...terlalu lambat masa berlalu...kenapa aku perlu
fikir begitu?? apa yang aku nanti?? tak ada apa yang ku nanti......akhirnya aku terbuai lena bersama airmata..aku masih tak mampu melupakan ...

29/5/2013....

aku on hp...aku baca mesej yang dia hantar...aku menangis lagi...aku tahu dia sayangkan aku..aku tahu dia risau aku tinggalkan dia..
aku tahu semua itu...aku pun sayang kan dia..tapi hati aku sedih..aku berjauh hati...aku betul-betul kecewa..aku merajuk..rajuk yang amat sangat..
aku keliru saat ini...aku tak tahu apa yang aku rasa..apa yang aku fikir...masuk hari ini dah dua hari aku menangis...dia tak pernah faham apa aku rasa
dia tak tahu apa yang aku galas...dia tak pernah tahu dan fikir tentang perasaan aku..tak pernahhh....dia cuma fikir apa yang dia dengar dia nampak..itu saja...
hati aku tercalar dengan setiap kata-katanya...mungkin aku bukan yang terbaik.....aku tak mampu jadi apa yang dia mahu...
aku insan yang lemah....dia tak tahu dia tu bintang hati ku...kenapa susah dia nak faham yang aku sayangkan dia...
kenapa susah sangat dia nak faham semua tu...kenapa dia tak pernah fikir yang aku sanggup buat apa saja untuk dia...
ramai yang menentang hubungan aku dengan dia tapi aku tak pernah hirau..aku pilih dia sebab aku percaya manusia akan berubah..aku percaya dia akan bahagia kan aku..
aku bahagia sangat dengan dia..tapi kenapa sekecil dugaan melanda dia sampai hati nak aku tinggalkan dia..kenapa??kenapa sangat lemah kasih sayang dia buat ku..
macam mana nanti kalau datang dugaan yang lebih besar??aku sedih bila adik aku melarang aku kawan dengan dia..adik aku cakap dia seorang yang pentingkan diri..
adik aku cakap dia tak seyes dengan aku..adik aku cakap dia just nak permainkan aku..aku sedaya pertahan kan dia...tapi bila aku ingat semua katanya ..semua nya rasa macam tak bermakna..
biar lah di waktu dan saat ini aku menyepikan diri dahulu...biar lah masa menjadi hakim buat ku..

Popular Posts